'Hilang Paulo Josue, Kamal Azizi', fans anggap lawan Buriram United ibarat jumpa JDT


  • Podium
  • Rabu, 05 Feb 2025

Penyokong setia The City Boys menyifatkan pertemuan dengan Buriram United ibarat berdepan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

KUALA Lumpur (KL) City FC berdepan tugas getir apabila akan bertemu pendahulu Liga 1 Thailand, Buriram United dalam Kumpulan B saingan Piala Shopee 2024 pada Rabu.

Skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu sebelum ini terpaksa berputih mata apabila tewas kepada wakil kelab Vietnam, Cong An Ha Noi dengan keputusan 2-3 dalam kejohanan sama yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu.

Lebih malang lagi, skuad Warga Kota kehilangan dua tonggak utama mereka iaitu kapten pasukan, Paulo Josue dan pertahanan kental, Kamal Azizi dalam aksi di laman sendiri itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Sakit hati Piala Malaysia belum berakhir, fans Sabah bongkar 2 insiden kontroversi aksi bertemu Tok Gajah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Salah ref', fans Sang Badak bersama ketua kampung Likas, 'backup' gol sendiri Park Tae-su

Kedua-dua pemain tersebut dilayangkan kad merah selepas dikesan melakukan kekasaran terhadap pemain pelawat.

Dalam pada itu, menjelang aksi bertemu wakil kelab Thailand tersebut, kehilangan dua tonggak utama berkenaan tentunya memberi kesan terhadap keputusan akhir yang bakal terhasil di Stadium Chang Arena, Bangkok nanti.

WhatsApp Image 2025-02-05 at 15.31.13 (1)

KL City FC (kiri) terpaksa melupakan khidmat Paulo Josue selepas dilayangkan kad merah dalam aksi bertemu kelab Vietnam.

Bagi penyokong setia The City Boys, mereka menyifatkan pertemuan dengan Buriram United ibarat berdepan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Mereka beranggapan bahawa pasukan KL City akan menghadapi kesukaran untuk mencatatkan kemenangan dalam pertemuan tersebut memandangkan kekuatan dan reputasi Buriram United.

Hal ini kerana, Buriram kini gah mengungguli carta Liga 1 Thailand dengan mencatatkan 51 mata selepas 21 perlawanan.

Berbeza dengan KL City yang kini menghuni tangga kesembilan carta liga selepas mengutip 18 mata daripada 17 perlawanan.

"Ibarat lawan JDT saja KL City ini, Buriram sekarang tengah mendahului Liga 1 Thailand," kata Ibrahim Ahmad.

"Terengganu lawan dengan pasukan yang sepadan, tapi KL City ini payah sikit nak menang, ibarat lawan JDT kalau dengan Buriram ini," kata Ariffin Ghafar.

"Walaupun nampak sukar mahu menang tapi KL City pasti boleh, Buriram ini ibarat JDT dalam Liga Malaysia," Azim Azli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram