
PROSES bagi menaik taraf Stadium Perak, Ipoh dilaporkan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.
Itulah maklum balas oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Perak mengenai gelanggang rasmi The Bos Gaurus yang ditutup untuk memberi laluan kepada pemasangan rumput baharu dan membaiki saliran.
Maklum balas itu hadir selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin meluahkan keluhan mengenai kelewatan proses naik taraf itu.
BACA LAGI: 'Pakar bola sepak konon', Bobie Farid buktikan kata jurulatih misteri salah tentang Lucho
BACA LAGI: Fans TBG mengamuk berhak tuntut kemenangan, Bobie Farid masih puas hati sebab kalah tipis
"Alahai...," ujarnya ringkas.
Keluhan itu mendapat maklum balas ringkas oleh MBI yang mengatakan kerja-kerja tersebut memerlukan sedikit masa kerana pemantauan teliti perlu dilakukan bagi membolehkan masalah sedia ada dapat diselesaikan.
"Pelaksanaan kerja ini mengambil sedikit masa kerana memerlukan pemantauan dan perincian teknikal yang teliti bagi memastikan masalah air bertakung sedia ada akan dapat diatasi selepas kerja naik taraf selesai sepenuhnya kelak.
"Pihak MBI mengenal pasti ada skop kerja tambahan selain daripada penukaran rumput serta subsoil bagi memastikan keberkesanan projek ini," jelas MBI.
Buat masa sekarang, proses naik taraf Stadium Perak kini berada di fasa dokumentasi dalaman bagi mendapatkan sebut harga bagi kontraktor yang layak.
MBI memberi gambaran ia dapat proses naik taraf itu dapat diselesaikan menjelang Ogos 2025.
Penjelasan MBI mengenai kelewatan naik taraf Stadium Perak.
"Pada masa ini, kerja-kerja naik taraf sedang melalui proses dokumentasi dalaman bagi pelaksanaan secara sebut harga terbuka kepada kontraktor-kontraktor berkelayakan dan berpengalaman dalam kerja-kerja naik taraf padang stadium.
"Jangka masa untuk proses kertas kerja, kelulusan peruntukan tambahan, reka bentuk iklan, lantikan dan mula kerja adalah dari November 2024 hingga Februari 2025.
"Sementara kerja siap dan proses selenggara adalah pada Ogos 2025," ujar MBI. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram