
PETARUNG sukan tempur dari Ireland, Conor McGregor secara terbuka menghina isteri seterunya dari Rusia iaitu Khabib Nurmagomedov di media sosial.
Kedua-duanya yang terkenal menerusi pertarungan di kejohanan UFC itu menyaksikan McGregor bersikap rasis terhadap Nurmagomedov dengan mengatakan isterinya seperti tuala.
Dalam sebuah ciapan McGregor di laman X (Twitter), dia memuat naik gambar perkahwinan Nurmagomedov bersama isterinya dengan wajahnya dilindungi dengan kain.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara keliru tentang 'emergency exit', Khabib Nurmagomedov dihalau dari pesawat
"Isteri kau tu dah macam tuala, kawan," tulis McGregor.
Ciapan ringkas itu mendapat kecaman ramai terutamanya penyokong Nurmagomedov dengan berpendapat tindakan McGregor itu seperti kebudak-budakan dengan mencari pasal secara tiba-tiba.
Ciapan McGregor mengenai isteri Nurmagomedov yang sudah dipadam.
Dia kemudiannya memadam ciapan tersebut selepas 15 minit dan memberi respons mencabar Nurmagomedov untuk menayangkan secara terbuka ahli keluarganya kepada umum.
Malah, McGregor turut mencabar Nurmagomedov untuk kembali bertarung di gelanggang selepas kali terakhir bertemu pada 2018. Dalam masa yang sama, McGregor bertindak rasis dengan memanggil Nurmagomedov dengan perkataan "n***a".
"Tunjukkan isteri kau n***a, tunjukkan anak-anak kau n***a. Tunjukkan anak sepupu kau kerana anak sepupu kami di Ireland mahu tewaskan mereka di pertarungan.
"Adakah mereka bertarung atau apa yang kau katakan seperti Ireland lawan Dagestan (tempat kelahiran Nurmagomedov)? Mana keturunanan kau? Kami tak sabar nak jumpa mereka.
"Sementara kau di Dagestan, kau diketawakan kerana bersara (awal). Kata mereka, dasar pemalas. Berlawanlah dengan aku dan dapatkan wang (kontrak UFC) sebanyak 100 juta dan berikannya ke seluruh kampung Dagestan. Tapi kau tak akan buat, kenapa? Sebabkan kau pengecut dan pemalas," tulis McGregor.
McGregor mencabar Nurmagomedov untuk bertarung.
Tindakan McGregor menyeru Nurmagomedov kelihatan seperti dia masih belum boleh terima kekalahan memalukannya kepada petarung Rusia itu tujuh tahun lalu.
Ada yang berpendapat yang dia masih 'koyak' dan tidak dapat move on dari ditewaskan oleh Nurmagomedov.
Hingga kini, Nurmagomedov masih tidak menjawab sebarang kenyataan daripada McGregor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram