
MASIH berlegar-legar dalam fikiran penyokong Harimau Malaya, siapakah bintang warisan baharu berdarah Belanda?
Hal ini disebabkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend mendedahkan seorang pemain warisan berdarah Belanda semakin hampir untuk mendapat pasport Malaysia.
Persoalannya, siapakah orangnya? Satu nama yang menjadi sebutan adalah penyerang tinggi lampai iaitu Ferdy Druijf.
BACA LAGI: Peledak gred A++ ada darah warisan, HM berpeluang sambar calon prolifik Belanda
BACA LAGI: Pemain import kagum dengan 'talent' Malaysia, letak JDT 'benchmark' untuk kemajuan Liga M
Pernah dikaitkan bakal menyertai skuad kebangsaan Indonesia sebelum ini, Druijf dikatakan menjadi nama yang bakal menjadi pemain warisan baharu Harimau Malaya. Malah, pemain tersebut seolah memberikan hint mengenai langkah seterusnya buat pemain tersebut.
Dalam Instagram Story (IG Story) pemain itu, penyerang tinggi lampai itu menulis "tidak lama lagi" atau "soon" sambil meletakkan emoji bola sepak dan jam pasir menandakan waktunya semakin hampir.
Tangkap layar IG Story Ferdy Druijf. — Instagram/@ferdydruijf
Ia mencetuskan persoalan, adakah Druijf memberikan petanda yang dia semakin hampir menyertai Harimau Malaya atau ada perkara lain?
Jika dilihat kepada datanya di laman Transfermarkt, penyerang kelab Austria, Rapid Vienna itu sebenarnya sedang menjalani proses pemulihan kepada kecederaan lututnya.
Tarikh untuk Druijf kembali beraksi masih belum diketahui. Namun begitu, dia dijangka boleh beraksi selepas kontraknya bersama Vienna berakhir.
Hal ini kerana, kontrak Druijf bersama kelab itu akan berakhir pada 1 Julai dengan dia masih belum menetapkan sebarang destinasi seterusnya.
Mungkin disebabkan itu, penyokong Indonesia sedikit lega apabila Druijf tidak lagi dikaitkan dengan skuad Garuda.
Ia disebabkan rekod kecederannya dan karier yang goyah dengan Druijf masih tidak diketahui ke mana akan dituju selepas masanya bersama Vienna tamat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram