‘Siapa yang datang terima saja’, ekor HM patut lebih tenang tunggu kehadiran pemain warisan Belanda


  • Podium
  • Khamis, 30 Jan 2025

Ferdy Druijf disebut-sebut menjadi pemain warisan baharu Harimau Malaya.

KETERUJAAN nyata tidak dapat disembunyikan oleh penyokong Harimau Malaya apabila mendapat tahu seorang pemain warisan akan menyertai skuad kebangsaan.

Ia susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend yang mengatakan seorang pemain warisan berdarah Belanda kini semakin hampir untuk mendapatkan pasport Malaysia.

Pemain tersebut yang masih belum disahkan identitinya bakal menjadi satu daripada empat pemain warisan yang sedang diburu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

BACA LAGI: Urusan pasport pemain warisan berdarah Belanda di peringkat akhir — Rob Friend

BACA LAGI: 'Tengok hasil baru komen', 'ekor' Harimau Malaya mahu tunggu dan lihat impak taktikal Rob Friend

Walaupun tiada garis masa menunjukkan bila pemain tersebut sah boleh mewakili Malaysia, penyokong nyata teruja dan tidak sabar untuk melihat pemain baharu Harimau Malaya.

Malah, ada yang begitu teruja sampai berteka-teki mengenai siapakah pemain baharu itu sehinggai menyenaraikan beberapa nama.

Walaupun teruja, penyokong tidak sepatutnya terlalu ghairah sebaliknya perlu lebih tenang dan tunggu sehingga FAM mengumumkannya.

Ia adalah untuk mengelak daripada malu sendiri sehingga sampai ditertawakan negara jiran seperti Indonesia.

“Buat tenang saja sudahlah, nanti daripada banyak-banyak (calon pemain warisan) jadi satu pun tak ada buat malu tuan badan je,” kata penyokong bernama Nazmi Mazalan.

“Jangan nak buat spekulasi, nanti muncul pula nama lain. Terima sajalah dengan hati yang terbuka siapa pun yang datang, sebab kita kena sedar ranking kita di mana,” komen Samsul Sam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram