[VIDEO] Di mana mereka sekarang? Kesebelasan terakhir TFC tewaskan JDT


  • Podium
  • Sabtu, 01 Feb 2025

Terengganu kekal kelab tempatan terakhir menewaskan JDT dalam pertandingan domestik. — Facebook/Terengganu FC

SEDAR atau tidak, sudah empat tahun Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak tewas kepada mana-mana lawan dalam kalangan kelab tempatan.

Bilakah kali terakhir mereka tumbang? Mengikut rekod, JDT kali terakhir tumpas kepada kelab tempatan pada 24 April 2021 semasa Terengganu FC mengalahkan mereka 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Rekod itu masih utuh sehingga sekarang. Persoalannya, di manakah kesebelasan Terengganu yang mencipta kemenangan masyhur itu kini?

BACA LAGI: Bukan Pawi, entah mengapa Ott-Akhyar rupanya mesin gol Terengganu di Piala Shopee

BACA LAGI: Sireh pulang ke gagang, ex bintang Pahang-Terengganu-Kuching City kini 'coach' skuad Piala MFL kelab masing-masing

Suhaimi Husin

Merupakan penjaga gol pada perlawanan tersebut, Suhaimi Husin mempamerkan persembahan baik menyelamatkan banyak percubaan JDT. Kini, masih menjadi sandaran utama kelab di pintu gol.

Azam Azmi

Beraksi sebagai pertahanan kanan, musim 2021 merupakan detik dimana namanya menyinar sebagai prospek utama pertahanan negara. Kini masih bersama Terengganu dan akan berpindah ke JDT pada musim 2025/2026.

Arif Fadzilah

Salah satu pemain muda yang diperkenalkan oleh Nafuzi ketika itu, potensi awal Arif Fadzillah berjaya mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan. Kini masih bersama Terengganu tetapi dipinjamkan ke Kuching City FC.

178163431_1209343066163039_6269510512408778705_n

Arif Fadzillah pernah beraksi untuk Malaysia sebanyak tiga kali. — Facebook/Terengganu FC

Carli de Murga

Pemain dari Filipina itu merupakan gandingan pertahanan tengah dan juga kapten Terengganu pada perlawanan tersebut. Menyertai JDT pada musim 2022 dan sekarang beraksi bersama One Taguig di negaranya.

Muhammad Faudzi

Merupakan salah seorang pemain muda yang diberikan kepercayaan oleh pengendali Terengganu ketika itu iaitu Nafuzi Zain untuk beraksi. Dia meninggalkan Terengganu pada 2022 untuk menyertai Kuala Lumpur City FC. Kini, dia bersama Kelantan Darul Naim FC (KDN).

Nik Akif Syahiran

Merupakan salah seorang prospek berpotensi bermula daripada masanya di Kelantan FC. Nik Akif beraksi untuk Terengganu sehingga 2022 sebelum menyertai Penang FC pada musim berikutnya.

WhatsApp Image 2025-01-31 at 17.38.23

Nik Akif (kiri) kini bersama Penang. — Facebook/Terengganu FC

Dechi Marcel

Merupakan salah seorang pemain import Terengganu ketika itu. Pemain tengah tersebut bermain untuk dua lagi kelab Liga Super iaitu Kedah Darul Aman FC dan Kuching City. Kini, Marcel bergelar free agent dan tidak dapat dipastikan sama ada dia sudah bersara atau masih mencari pasukan.

Makan Konate

Seorang lagi pemain import Terengganu bagi musim tersebut. Karier Konate banyak tertumpu di Indonesia dengan dia bermain untuk pelbagai kelab di sana termasuklah Persib Bandung, Persija Jakarta dan Barito Putera. Kini bermain untuk kelab divisyen dua di sana iaitu Adhyaksa.

Faisal Halim

Antara watak penting kepada kecemerlangan Nafuzi di Terengganu. Faisal bersama skuad Penyu sehingga musim 2022 dan kini menyarung jersi Selangor FC.

Hakimi Abdullah

Penjaring gol tunggal perlawanan pada aksi bersejarah itu. Hakimi masih lagi bersama Terengganu cuma sedang menjalani tempoh pinjaman bersama KDN sama seperti Muhammad.

176110170_1209343786162967_2658663411234578647_n

Hakimi (kiri) merupakan wira Terengganu ketika itu. — Facebook/Terengganu FC

David da Silva

Seorang lagi pemain import Terengganu pada musim tersebut. Masa Da Silva di Pantai Timur tidaklah begitu baik dan kemudiannya menyertai Persib Bandung pada musim berikutnya dimana dia memenangi liga dan anugerah penjaring terbanyak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram