[VIDEO] 'Selamat datang ke JDT Alvaro Gonzalez, harap Feroz dengan Shahrul Saad korek ilmu daripada dia'


  • Podium
  • Selasa, 04 Feb 2025

Alvaro dijangka membawa pengalaman luasnya dalam bola sepak Eropah ke skuad Harimau Selatan bagi menghadapi baki saingan musim 2024/2025. — Gambar/ Facebook JOHOR Southern Tigers

JUARA bertahan kelab Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) terus memperkukuhkan pasukan dengan kehadiran pemain pertahanan berpengalaman dari Sepanyol, Alvaro Gonzalez.

Pemain berusia 34 tahun itu dijangka membawa pengalaman luasnya dalam bola sepak Eropah ke skuad Harimau Selatan bagi menghadapi baki saingan musim 2024/2025.

Pengumuman itu dibuat melalui satu hantaran di laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada Isnin dan rata-rata penyokong bola sepak pasukan tersebut teruja dengan kehadiran bekas bek tengah Al-Nassr itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Benteng JDT tak padu mana, 3 pemain lokal selamba gegar jaring Harimau Selatan

BACA LAGI: Dari Sabah ke pentas antarabangsa, Nurul Azurin menyerlah cipta 'clean sheet' pertama di Albania

Kehadiran bekas pemain antarabangsa Sepanyol ini bukan sahaja dianggap dapat mengukuhkan barisan pertahanan, malah memberi peluang kepada pemain tempatan untuk menimba ilmu daripada seorang pemain berkelas dunia.

Dengan gaya permainan yang tenang serta kebolehannya membaca pergerakan lawan, Alvaro dijangka menjadi mentor terbaik buat pertahanan muda JDT.

"Umur sekarang 35 tahun. Pernah bermain bersama kelab seperti Racing Santander, Real Zaragoza, Espanyol, Villareal, Olimpique dan Al-Nassr. Harap Feroz Baharudin dengan Shahrul Saad korek ilmu banyak-banyak daripada dia," tulis Solihin Hassan.

Penyokong juga yakin kehadiran Alvaro mampu membantu misi besar skuad Harimau Selatan bagi melayakkan diri ke aksi kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE).

Untuk rekod, JDT bakal bertemu Central Coast Mariners di Australia pada 11 Februari bagi perlawanan ACLE. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram