[VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China


  • Benua
  • Khamis, 30 Jan 2025

Tangkap layar seorang wanita mengalami detik cemas apabila seekor ikan gergasi menggigit kepalanya ketika dia membuat persembahan di sebuah akuarium di China, baru-baru ini.

SEORANG wanita yang memainkan watak seperti gadis duyung dari Rusia mengalami detik cemas apabila seekor ikan gergasi menggigit kepalanya ketika dia membuat persembahan di sebuah akuarium di China, baru-baru ini.

Mangsa, dikenali sebagai Masha, 22, sedang berenang dalam tangki di Xishuangbanna Primitive Forest Park, selatan China, apabila dia secara tidak sengaja berenang di laluan ikan tersebut, lapor The Daily Mail.

Rakaman kejadian yang tular menunjukkan ikan berkenaan menggigit hampir keseluruhan kepala Masha, menyebabkan kanak-kanak dan penonton menjerit ketakutan.

BACA LAGI: [VIDEO] Berang isteri tak dibenarkan cuti, suami 'ambush' pengurus pasar raya dengan penyodok di Brazil

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan

Namun, Masha berjaya melepaskan diri selepas bertarung dengan ikan itu, walaupun cermin mata renangnya turut diragut dalam insiden tersebut.

Menurut laporan media Rusia, mangsa mengalami kecederaan di kepala, leher dan mata.

Beberapa gambar yang dikongsi dalam media sosial turut menunjukkan kesan lebam dan luka pada wajahnya.

Lebih mengejutkan, Masha mendakwa majikannya memaksanya kembali ke dalam air walaupun dia berada dalam kesakitan serta memberi amaran agar tidak berkongsi rakaman kejadian.

Namun, video tersebut tetap tersebar luas di Douyin, platform media sosial China yang setara dengan TikTok.

Sebagai pampasan, dia hanya diberikan kurang daripada $100 (RM426).

Setakat ini, tidak dapat dipastikan spesies ikan yang terlibat dalam serangan itu.

Bagaimanapun, akuarium berkenaan dilaporkan menempatkan pelbagai spesies air tawar asli dari Sungai Mekong dan Yangtze. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram