![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/03/3149103.png)
PENJAGA gol kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan terus mengukir kejayaan di Eropah apabila tampil cemerlang bersama kelab baharunya, KFF Vllaznia.
Dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Jumaat minggu lalu, Azurin membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Buducnost tanpa bolos, sekali gus menunjukkan kehebatannya sebagai tembok kebal di gawang.
Aksi bertenaga Azurin itu sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai penjaga gol yang berwibawa terutamanya di pentas Eropah.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sanggup hilang Kpah di pentas final, Fandi Ahmad sedia buat rayuan
BACA LAGI: Lupakan episod duka Piala Malaysia, Akinade tagih kebangkitan Sang Penyu di bumi Bangkok
Azurin (tengah,depan) membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Buducnost tanpa bolos.
Ini merupakan kelab keempat dalam karier profesionalnya selepas beraksi bersama Misaka United (India), NK Osijek (Croatia) dan KFF Presingu (Kosovo), sekali gus menunjukkan perjalanan kariernya yang semakin berkembang dan cemerlang.
Dari Sabah ke pentas antarabangsa, Nurul Azurin terus mengharumkan nama Malaysia di arena bola sepak global, membuktikan bahawa dia bukan sahaja pemain hebat, tetapi juga wakil negara yang berjaya menembusi cabaran di liga-liga berprestij dunia.
Keberaniannya beraksi di pentas antarabangsa raih pujian ramai penyokong tanah air yang berbangga dengan pencapaiannya itu.
"Azurin ini memang suka berkelana ke luar negara, KFF Vllaznia adalah kelab keempat dia," kata Irfan Azmi.
"Berani mencuba di liga luar, terbaik dan tahniah, semoga terus cemerlang Azurin," kata Amran Abdullah.
"Pemain bola sepak wanita paling berjaya kita ada, mental memang padu duduk di luar negara," kata Anuar Rasheeq Razali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram