![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/03/3148715.jpg)
KESELAMATAN di tempat kerja adalah tanggungjawab semua, dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) boleh membawa padah.
Di kilang, setiap SOP yang ditetapkan bertujuan untuk melindungi pekerja dan mengelakkan kejadian tidak diingini.
Malah, ada segelintir syarikat yang tidak membenarkan pekerjanya menggunakan telefon pintar ketika berada di kilang atau menggunakan mesin tertentu.
BACA LAGI: [VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China
Namun, kecuaian serta sikap sambil lewa pekerja terhadap peraturan keselamatan sering menjadi punca kemalangan serius yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
Sebab tu tak boleh main phone time kerja pic.twitter.com/N58ZByWVYF
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) February 3, 2025
Terbaharu, seorang pekerja kilang di Karachi, Pakistan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri baru-baru ini.
Kejadian yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan turut menjadi bualan warga maya di seluruh dunia selepas video berkenaan tular sejak Ahad.
Memetik laporan media antarabangsa, mangsa yang tidak didedahkan namanya itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.
Difahamkan, mangsa pada ketika itu sedang membuat panggilan telefon pada seseorang sehingga mengabaikan keselamatan dirinya ketika mengendalikan sebuah mesin kertas.
Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh mangsa ialah apabila dia cuba menolak lebihan kertas ke dalam mesin tersebut sehingga menyebabkan dia 'ditelan masuk' ke mesin berkenaan.
Rakannya yang melihat kejadian itu terus bergegas mematikan mesin tersebut dan cuba membantu mangsa.
Difahamkan, rakan mangsa mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa daripada mesin berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram