
MEDIA Eropah, Relevo mendedahkan bahawa tiga bintang Sepanyol akan memperkuatkan skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi baki saingan Liga Juara-Juara Asia (ACLE) untuk membantu Harimau Selatan mara lebih jauh sekali gus layak ke pusingan kalah mati kejohanan berprestij itu.
Antara nama yang dikaitkan dengan JDT ialah Jonathan Viera, Roque Mesa dan Alvaro Gonzalez yang mana ketiga-tiga mereka pernah beraksi bersama kelab ternama Sepanyol.
Namun apa yang lebih menarik ialah nama Roque Mesa, antara bintang yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Swansea City ketika zaman kemuncaknya.
BACA LAGI: [VIDEO] Di mana mereka sekarang? Kesebelasan terakhir TFC tewaskan JDT
BACA LAGI: 'Dalam perancangan', TMJ dedah JDT mungkin bertemu PSG dalam aksi persahabatan
Pada musim 2017/18, Swansea City menandatangani Roque Mesa dengan harga £11 juta (lebih RM60 juta) dari Las Palmas untuk memperkuat barisan tengah mereka.
Mesa dibawa masuk kerana keupayaan hantaran yang cemerlang, ketenangan ketika mengawal bola, dan peranannya sebagai pemain tengah bertahan.
Bersama Las Palmas, Mesa merupakan salah seorang pemain tengah terbaik dalam LaLiga dari segi ketepatan hantaran, sering dibandingkan dengan maestro bola sepak Sepanyol seperti Xavi.
Namun begitu, di sebalik kehadiran Mesa ke Swansea City tersimpan satu kisah yang menarik pada feature wajahnya iaitu misai.
Kerana semasa menyertai Swansea City, Mesa mempunyai misai 'kontot' yang tidak akan dia cukur selepas melakukan perjanjian dengan isterinya.
"Ia adalah janji kepada isteri kerana saya berjanji tidak akan mencukur misai sehingga saya dipanggil oleh skuad nasional Sepanyol.
"Apa yang bermula sebagai satu cerita kini telah menjadi sebahagian daripada imej peribadi dan kini saya menganggapnya sebagai imej saya," kongsinya.
Mesa ketika beraksi bersama Swansea City.
Ketika itu, Swansea City, di bawah kendalian Paul Clement, mahu meningkatkan penguasaan bola dan permainan membina serangan mereka, menjadikan Mesa sebagai pemain penting untuk membantu mereka mengawal perlawanan dengan lebih baik dalam EPL musim 2017/18.
Namun, keadaan tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila Mesa bergelut untuk menyesuaikan diri dengan fizikal dan tempo pantas bola sepak Inggeris.
Dia hanya bermain 11 perlawanan liga, sebelum dipinjamkan ke Sevilla pada Januari 2018 sebelum pada akhirnya meninggalkan kelab secara tetap.
Sehingga kini, Mesa masih belum dapat mewakili skuad nasional Sepanyol dalam mana-mana kejohanan ataupun perlawanan persahabatan.
Adakah kisah misai Mesa itu akan terus menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus membantu JDT melakar kejayaan lebih luar biasa di pentas ACLE nanti? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram