
KEHANGATAN separuh akhir kedua Piala Malaysia 2024/25 antara Sri Pahang FC dan Sabah FC dijangka dipenuhi dengan ribuan penyokong tuan rumah.
Menerusi laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu kini dibanjiri penyokong-penyokong tuan rumah untuk membeli tiket.
Meskipun cuaca di Stadium Temerloh agak panas, namun ia tidak mematahkan sokongan penyokong-penyokong Sri Pahang untuk terus beratur menunggu giliran bagi membeli tiket secara fizikal.
BACA LAGI: [VIDEO] DNA Kedah sudah kembali, fans Sang Kenari puji persembahan bakat muda
BACA LAGI: [VIDEO] Fans tak gemar lihat reaksi Arif Aiman 'ajak gaduh' lepas kaki dipijak pemain TFC
Penyokong Sri Pahang juga dilaporkan sudah mula beratur panjang untuk mendapatkan tiket perlawanan seawal pagi Ahad.
Untuk info, hanya 8,000 tiket diperuntukkan untuk jualan daripada kapasiti stadium yang mencecah lebih 9,000 tempat duduk.
Keadaan semasa di kaunter tiket Stadium Majlis Perbandaran Temerloh @ASTROARENA pic.twitter.com/sgv4Pm3biN
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) February 2, 2025
Manakala sambutan terhadap jualan tiket secara dalam talian dilihat cukup menggalakkan dan laris seperti pisang goreng apabila dilaporkan sudah pun habis terjual sehari sebelum perlawanan.
Dalam aksi separuh akhir pertama lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Likas, Sabah yang menyaksikan Stuart Wilkin menjadi penjaring buat Sabah manakala Kpah Sherman pula wira Sri Pahang.
Perlawanan hangat dan tumpuan antara Sri Pahang menentang Sabah bakal berlangsung di Stadium Temerloh dengan sepak mula dijadualkan tepat pukul 8.30 malam Ahad (2 Februari). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram