[VIDEO] Fans tak gemar lihat reaksi Arif Aiman 'ajak gaduh' lepas kaki dipijak pemain TFC


  • Podium
  • Ahad, 02 Feb 2025

Tangkap layar video insiden membabitkan Arif Aiman dan Faris Rifqi dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium SSI pada Sabtu.

JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) menepati ramalan seluruh penyokong bola sepak tempatan apabila melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 dengan menewaskan Terengganu FC dalam aksi separuh akhir kedua 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Sabtu (1 Februari).

Dua jaringan Heberty Fernandes berjaya melengkapkan kemenangan agregat 6-1 ke atas Terengganu selepas Harimau Selatan mudah mencetak empat gol pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Zainal Abidin, Terengganu pada 17 Januari lalu.

Kehadiran lebih 20,000 penyokong tuan rumah juga menjadi saksi rekod baharu lima kali berturut-turut JDT melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu.

BACA LAGI: Hormati teguran TMJ, FAM saran kelab tak puas hati prestasi pengadil lokal boleh bayar 'ref' luar negara

BACA LAGI: Cipta sejarah baharu bola sepak Malaysia julang Piala FA 2015, di manakah '1st Eleven' LionsXII sekarang?

Namun begitu, dalam perjuangan JDT untuk meneruskan perjalanan ke perlawanan akhir Piala Malaysia itu.

Barisan kejurulatihan hampir kehilangan bintang sayap, Arif Aiman Hanapi selepas menjadi mangsa kekasaran bek Terengganu, Muhd Faris Rifqi Rashid di babak-babak akhir perlawanan.

Ketika insiden tersebut berlaku, Arif sedang membawa bola sebelum dua pemain datang untuk memberikan tekanan dengan melakukan kekasaran kepada bintang JDT itu.

Faris Rifqi yang begitu semangat untuk mendapatkan bola terpijak kaki Arif Aiman sebelum kedua-dua pemain muda itu terlibat dengan pertengkaran mulut sehingga memaksa rakan sepasukan lain masuk campur untuk meleraikannya.

Dalam insiden itu, kedua-dua kapten pasukan bertindak cemerlang untuk meleraikan pertengkaran tersebut sebelum berlakunya pergaduhan yang lebih parah.

Reaksi marah Arif Aiman itu boleh difahami kerana dia semestinya mahu berada dalam kondisi terbaik sebelum perlawanan ketujuh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Central Coast Mariners di Australia pada 11 Februari nanti.

Walaupun faham dengan reaksi yang diberikan Arif Aiman, segelintir penyokong mahu pemain muda itu lebih bersabar dan jangan terlalu besar kepala meskipun sudah mendapat status bintang.

"Arif (Aiman) yang sekarang bukanlah yang dulu," kata Mohd Sukri.

"Saya rasa Arif ini bila dah jadi 'star' asyik nak bergaduh sahaja," luah Amirul Faiezz.

"Cubaan pemain Terengganu untuk pijak kaki Arif Aiman, mana budak itu tak berangin," jelas Kaer Said.

Musim ini, Arif telah menjaringkan 17 gol dan 12 'assist' dalam 30 perlawanan bersama JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram