Kasih tak pernah terlerai, Orang Besi Pahang beri emoji tanda sokongan dari jauh buat Tok Gajah


  • Podium
  • Jumaat, 31 Jan 2025

Nwakaeme (kiri) masih tidak melupakan masanya bersama Sri Pahang.

MENJADI pemain bola sepak pastinya memberikan kenangan manis terutamanya jika berjaya mencipta kejayaan di sesebuah kelab.

Begitu juga buat bekas pemain Sri Pahang FC, Dickson Nwakaeme yang sentiasa menjadi kegemaran penyokong kelab Pantai Timur itu.

Pemain yang dikenali sebagai Orang Besi itu ternyata mempunyai kenangan manis bersama-sama Sri Pahang apabila dia pernah meraih kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia pada 2014.

BACA LAGI: Fandi tuntut Sri Pahang kikis imej pakar seri untuk satu perlawanan Ahad ini

BACA LAGI: Nostalgia Piala Malaysia musim 2014 gamit memori Fandi, Sri Pahang

Kejayaan diraih itu membuatkan Nwakaeme mempunyai kenangan manis bersama Tok Gajah dan itu membuatkan sehingga hari ini, dia masih terkenangkan perkara tersebut.

Di media sosialnya, Nwakaeme berkongsi gambarnya bersama-sama trofi Piala Malaysia yang dimenanginya selepas membantu Sri Pahang mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 120 minit berakhir 2-2.

WhatsApp Image 2025-01-31 at 19.18.45

Nwakaeme berkongsi gambarnya semasa mememangi Piala Malaysia pada 2014. — Instagram/@diksonnwakaeme

Sri Pahang jelas sekali begitu dekat di hati Nwakaeme yang sudah tidak lagi bermain secara profesional. Malah, tidak terkejut sekiranya pemain berasal dari Nigeria itu masih mengikut perkembangan kelab Pantai Timur itu.

Perkongsian Nwakaeme memegang trofi Piala Malaysia itu sepertinya tepat pada waktunya kerana Sri Pahang akan turun menentang Sabah FC dalam separuh akhir kedua kejohanan tersebut pada Sabtu bagi merebut tempat ke perlawanan akhir.

Ia secara tak langsung menjadi pembakar semangat daripada Nwakaeme kepada para pemain Sri Pahang untuk bangkit dan menewaskan Sabah pada aksi yang diadakan di Stadium Mini Temerloh, Temerloh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram