BEKAS juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov dipercayai dihalau dari sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) selepas terlibat dalam perselisihan faham dengan salah seorang pramugari.
Insiden itu sempat dirakam penumpang lain yang berada di dalam pesawat sebelum dikongsikan di media sosial pada Ahad.
Saksi kejadian menyatakan bahawa Khabib yang duduk di barisan kecemasan ditanya sama ada dia berupaya membantu penumpang lain sekiranya berlaku kecemasan.
BACA LAGI: 'New era of Muay Thai', selain Jojo, Rifdean antara 3 mula tempa nama sukan tinju
BACA LAGI: 'Rumah saya belum siap', kunjungan Khabib ke Malaysia tinggalkan pesanan menusuk kalbu peminat
Khabib removed from a plane? It seems even one of the most famous Muslims in the world couldn’t escape racial profiling in America. It doesn’t matter what “status” you have.@AlaskaAir this is complete garbage. pic.twitter.com/o6XB3KMi77
— Dr. Omar Suleiman (@omarsuleiman) January 12, 2025
Soalan itu menimbulkan kekeliruan kerana petinju berusia 37 tahun itu tidak memahami maksud pramugari tersebut, hingga akhirnya membawa kepada sedikit pertengkaran.
Selepas meragui keupayaan Khabib untuk membantu dalam kecemasan, pramugari berkenaan kemudian memintanya berpindah tempat duduk, namun Khabib enggan berbuat demikian.
Khabib, yang jelas kelihatan kecewa menganggap situasi tersebut tidak adil baginya dan berterusan mengulangi bahawa itu adalah tempat duduknya.
“Semasa mendaftar masuk, mereka bertanya adakah saya tahu berbahasa Inggeris, dan saya katakan ya. Jadi kenapa kamu semua buat begini?” soal petinju yang dikenali dengan gelaran The Eagle itu.
Kakitangan itu juga dilihat enggan berbincang lebih lanjut dan memaklumkan bahawa mereka perlu menghubungi penyelia sekiranya peninju kelahiran Rusia berkenaan tidak mahu berpindah.
"Kami tidak dapat membenarkan anda duduk di barisan pintu kecemasan atau anda perlu turun dari pesawat ini," tegasnya.
Sehingga akhirnya, datang penyelia untuk mengiringi bekas jaguh seni bela diri campuran (MMA) itu keluar dari pesawat.
Khabib, yang memakai jaket biru kemudian meninggalkan tempat duduknya dan berjalan bersama pramugari ke bahagian hadapan pesawat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram