
PENYERANG yang disebut-sebut bakal menjadi pemain warisan negara, Ferdy Druijf perlu menempuh perjalanan baharu bermula musim 2025/2026.
Hal ini kerana, kontraknya bersama-sama Rapid Vienna akan tamat pada 1 Julai dan Druijf tiada pilihan lain selain daripada meninggalkan kelab tersebut.
Jika dia benar adalah pemain Harimau Malaya baharu. Ke mana kelab dia akan pergi? Mungkin Liga Super boleh menjadi penyelamat kepadanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Petik nama TMJ, Ferdy Druijf semakin hampir sarung jersi Harimau Malaya?
BACA LAGI: Bintang warisan Belanda tak cukup bantu Arif Aiman, Faisal Halim di Harimau Malaya
Johor Darul Ta'zim
Destinasi ideal untuk Druijf meneruskan kariernya adalah dengan menyertai pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
JDT boleh menjadi tempat Druijf beraksi di tahap tertinggi di samping bermain bersama-sama pemain bintang seperti Arif Aiman, Juan Muniz dan Jordi Amat.
Druijf boleh menyertai pengembaraan di Asia bersama JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Tambahan pula, JDT merupakan wakil negara di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Sudah semestinya, peluang beraksi menentang kelab handalan Asia lain tidak mahu dilepaskan oleh Druijf.
Sebagai penyerang berkualiti, Druijf boleh menonjolkan bakatnya bersama JDT yang diketahui ramai mempunyai ramai pemain bintang.
Terengganu
Satu lagi destinasi boleh dituju oleh Druijf jika dia mahu beraksi di Malaysia adalah dengan bersama kelab Pantai Timur, Terengganu FC.
Terengganu yang dibarisi pemain berkualiti juga boleh menjadi destinasi baik buat Druijf jika dia mahu kembali ke tahap tertinggi persembahannya.
Terengganu mempunyai ramai pemain berbakat. — Facebook/Terengganu FC
Malah, Druijf boleh menjadi penyelesaian kepada masalah penyerang utama tumpul Terengganu yang diterajui oleh Ismaheel Akinade serta Ivan Mamut yang cedera.
Dengan ketinggian yang ada pada Druijf pastinya dia boleh menjadi igauan pertahanan lawan di Liga Super.
Kekal di Eropah
Jika Liga Super bukanlah penyelesainnya, mungkin Druijh boleh cuba untuk terus kekal saja di Eropah untuk mencari kelab yang sesuai dengannya.
Selepas masanya bersama Rapid Vienna di Austria tamat, Druijf boleh berkira-kira untuk cuba beraksi di negara lain seperti Switzerland, Sweden atau Finland.
Druijf masih boleh beraksi di Eropah.
Druijf boleh juga untuk cuba kembali ke saingan di Belanda tetapi dia perlu membuktinya dirinya benar-benar bernilai kerana saingan Eredivisie mempunyai standard yang tinggi.
Calon pemain warisan Harimau Malaya itu mempunyai kualiti tersendiri, tetapi untuk cemerlang di Eropah dia perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan tempat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram