'Berubahlah', Amorim beri nasihat buat Rashford demi selamatkan karier di Man United


  • Podium
  • Khamis, 30 Jan 2025

Amorim mahu Rashford berubah demi kelangsungan kariernya di Man United.

MASA dan peluang masih lagi ada buat penyerang Manchester United, Marcus Rashford menyelamatkan kariernya di kelab itu.

Itulah yang cuba diberikan oleh pengendali, Ruben Amorim selepas dia sudah lama tidak meletakkan pemain itu dalam skuadnya setiap kali perlawanan diadakan.

Amorim secara terbuka memberikan nasihat kepada Rashford untuk berubah sekali gus mendapatkan semula tempatnya dalam skuad United.

BACA LAGI: Marcus Rashford bakal 'reunion' bersama Erik ten Hag di Borussia Dortmund

BACA LAGI: Boleh tampung gaji, giliran kelab kerdil Itali pula minat Marcus Rashford

skysports-football-marcus-rashford_5527194

Rashford masih ditinggalkan oleh Amorim dalam 'matchday squad' United.

Nasihat yang diberikan itu bukanlah bersifat peribadi, tetapi ia lebih kepada Amorim mahu melihat Rashford lebih berazam dan dahaga dalam meningkatkan kualiti bola sepaknya.

Tambahan pula, Amorim menjelaskan skuad United akan menjadi lebih bagus sekiranya Rashford bersama sekali berjuang mencari kemenangan.

"Pasukan kami akan menjadi lebih baik bersama Rashford. Tetapi dia perlu berubah. Jika dia berubah, kami sangat gembira untuk letakkan pemain berbakat seperti Rashford di dalam pasukan kerana kami perlukannya.

"Dalam keadaan ini, jelas sekali kita perlu tetapkan standard tertentu. Kami menantikan Rashford, sekiranya dia benar-benar mahukannya (kembali ke skuad).

“Anda cuba jadikan perkara ini seperti isu peribadi walhal sebenarnya tidak. Saya tiada masalah dengan Rashford, saya cuma perlu tetapkan peraturan yang sama untuk semua,” jelas Amorim.

Rashford sekali lagi ditinggalkan oleh Amorim dalam jelajah mereka ke Romania untuk berdepan FCSB dalam aksi Liga Europa pada Khamis.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan hubungan antara Amorim dan Rashford sudah retak dengan pengurus itu hanya bercakap dengan pemain tersebut secara umum menerusi pengumuman kepada skuad dan bukan memalui interaksi terus. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram