SKUAD kebangsaan berkemungkinan akan mendapatkan semangat baharu menjelang perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026/Piala Asia 2027 selepas laman Instagram @frfuturetalents memuat naik gambar pemain warisan Belanda-Malaysia, Ferdy Druijf dengan memetik nama Tunku Mahkota Ismail (TMJ) di media sosial pada Isnin.
Dalam hantaran dimuat naik oleh @frfuturetalents mereka menjelaskan tentang kritikan yang diterima orang ramai berkenaan info-info pemain warisan yang sedang beraksi di luar negara.
"Laman kami telah ditubuhkan kurang daripada setahun, kami memerlukan sedikit masa untuk berkerjasama dengan badan induk seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pemain yang terlibat.
"Apa anda jangkakan untuk laman yang baru beroperasi kurang daripada setahun bagi mendapatkan hasil? Semua memerlukan proses satu persatu.
"Jangan membuat anggapan tanpa bukti, duduk and lihat keputusan di masa akan datang, jangan cemburu dengan kami.
"Masa akan membuktikannya @hrhcrownprinceofjohor," katanya dalam Instagram.
BACA LAGI: Dah 'deal' dengan pasukan lain, Allee dedah sebab 'Hamba ALLAH' sertai TRW Kelantan
Kenyataan yang dimuat naik bersama nama TMJ itu sekali gus menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak negara apatah lagi gambar Druijf dimuat naik dengan hantaran itu.
Bagi yang tidak mengikuti perkembangan Druijf, dia didakwa mempunyai pertalian darah dengan negara ini menerusi ibunya.
Pemain berketinggian 1.90 meter (m) itu mempunyai profil yang sangat baik apabila menjadi tonggak utama buat setiap pasukan diwakilinya.
Sebelum mengalami kecederaan lutut musim ini, pemain berusia 26 tahun itu sempat menjaringkan lima gol dan dua 'assist' dalam 15 penampilan terakhir bersama PEC Zwolle di Liga Belanda.
Druijf juga pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam liga Keuken Kampioen Divisie apabila meledak 29 gol semusim bersama AZ Alkmaar Bawah-21 Tahun (B-21).
BACA LAGI: Subra anggap sparring Selangor biasa-biasa, tak setanding Top 4 seperti JDT, TFC dan Kedah
Profil Druijf yang dikongsikan @frfuturetalents.
Penyerang kelahiran Belanda itu pernah mewakili Rapid Vienna (Austria), AZ Alkmaar, NEC Nijmegen (Belanda) dan KV Mechelen (Belgium) dan telah meledak 112 gol serta 21 'assist' dalam 265 penampilan.
Sebelum ini, Druijf turut memberi bayangan akan menyarung jersi Harimau Malaya selepas sedang melakukan urusan dokumentasi bagi memudahkan urusan menukar kerakyatan Malaysia.
Adakah TMJ sekali lagi akan campur tangan urusan Druijf untuk mewakili Harimau Malaya seperti sebelum ini pernah membantu Dion Johan Cools menyarung jersi skuad kebangsaan? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram