Bintang warisan Belanda tak cukup bantu Arif Aiman, Faisal Halim di Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Druijf dikatakan bakal menjadi pemain warisan Harimau Malaya. — Agensi

NAMA pemain yang sedang berkelana di Belanda, Ferdy Druijf terus menjadi sebutan sebagai antara calon pemain baharu Harimau Malaya.

Sebelum ini, namanya 'meletup' apabila dikatakan berpotensi untuk mewakili skuad kebangsaan dengan status sebagai pemain warisan.

Apa yang menarik mengenai Druijf adalah dia dianggap sebagai penyerang yang bergred 'A' dan mampu menjadi senjata ampuh negara sebagai penyerang selain daripada Darren Lok dan Romel Morales.

Bermain untuk kelab divisyen satu Belanda, PEC Zwolle, Druijf beraksi sebanyak 15 kali pada musim ini dalam saingan liga dengan dia sudah menghasilkan lima gol termasuk dua bantuan perlawanan.

Jika dia benar-benar boleh mewakili Harimau Malaya, ia pasti akan menjadi suntikan semangat untuk Harimau Malaya bagi memburu tempat ke Piala Dunia 2026 serta Piala Asia 2027.

BACA LAGI: Lega FIFA benarkan daftar pemain, tiba masanya kepak Kenari penuhkan Darul Aman

download (3)

Druijf mengalami kecederaan panjang ketika ini. — Agensi

BACA LAGI: Mahu hargai legenda, JDT ingin bawa pulang bintang Singapura

Akan tetapi, penyokong berpendapat jika Druijf beraksi untuk Harimau Malaya, ia tidak akan menyelesaikan masalah skuad kebangsaan secara keseluruhan. Memandangkan bola sepak adalah permainan berpasukan, semua posisi perlu upgrade untuk kekal bersaing.

"Ada penyerang bagus tinggi lampai, bahagian sayap kiri dan kanan kena tajamkan kualiti crossing. Kalau tak, sia-sia. Faisal Halim dengan Arif Aiman punya crossing tak berapa konsisten," kata penyokong bernama Mnh Bonz.

"Bahagian penyerang ni aku rasa masa ni taklah kritikal sangat sebagai Romel Morales dah ada. Cuma tukang suap saja yang tak ada. Kasihan Romel kena cari bola sendiri, macam mana nak nampak kerja dia sebagai penyerang? Kena ada pemain tengah dan pertahanan yang padu," ujar Amy Rulezz pula.

"Harapan aku ada pemain sayap yang menyusul dari segi kualiti apabila bertemu pasukan ranking lebih tinggi. Pemain sayap tempatan sedia ada kurang berkesan malah kalah dari segi fizikal," komen Azlan Mira.

"Kalau setakat dia seorang, tak akan mampu ubah Harimau Malaya. Paling-paling perlukan lagi tiga, empat orang," Mohd Fahmi memberikan pendapatnya.

Pada masa sama, ada yang mengharapkan Druijf akan terus kekal beraksi di Belanda supaya kualiti pemain tersebut akan terus berada pada tahap terbaik.

Mereka bimbang jika Druijf beraksi di Asia terutamanya Asia Tenggara, ia akan menurunkan kualiti pemain tersebut.

"Tolong biarkan dia main dekat Belanda sana," kata Rayhan Antaseno.

"Harga dia mahal, kelab Malaysia ada ke duit?," soal Req Man.

Sekiranya proses menjadikan Druijf pemain warisan berjaya sekali pun, dia tidak akan dapat mewakili Malaysia dalam baki saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun ini kerana kecederaan panjang dialaminya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram