
PERSEMBAHAN semasa Terengganu FC masih lagi mampu membuatkan mereka berkira-kira untuk ke separuh akhir Piala Shopee.
Selepas menang ke atas PSM Makassar, skuad Badrul Afzan mesti menang ke atas BG Pathum United dari Thailand bagi memastikan slot ke separuh akhir dimiliki.
Untuk mencapai kemenangan Terengganu perlu memastikan beberapa bintang mereka tampil pada tahap terbaik supaya jaringan dapat dihasilkan.
BACA LAGI: Pelik tapi benar, Pahang-Kuching City-TFC sekali lagi 3 'mangsa berulang' musim ini
BACA LAGI: Momentum sudah ada, peluang rebut Top 3 jadi pembakar semangat TFC tumpaskan JDT
Ott (kanan) merupakan penjaring terbanyak Terengganu di Piala Shopee. — Facebook/Terengganu FC
Antara pemain yang boleh diharapkan adalah pemain tengah Manuel Ott dan bintang sayap, Akhyar Rashid yang begitu cemerlang menghasilkan gol untuk Terengganu dalam kejohanan tersebut.
Dalam sebuah siaran yang dilakukan oleh ASEAN United FC, dua nama itu menghiasi carta penjaring terbanyak kejohanan yang disertai 12 kelab serata Asia Tenggara.
Ott merupakan penjaring kedua terbanyak Piala Shopee setakat ini dengan menghasilkan empat gol. Dia hanya satu gol di belakang bintang Buriram United, Lucas Crispim dengan jumlah serupa.
Sementara Akhyar pula menduduki tempat ketiga dengan tiga jaringan dihasilkannya. Untuk rekod, dia turut berkongsi jumlah jaringan bersama-sama dua pemain Cong An Hanoi iaitu Le Van Do dan Leo Artur.
Jumlah yang dihasilkan Ott dan Akhyar menghasilkan tujuh gol antara mereka. Jumlah itu adalah 70 peratus daripada keseluruhan jaringan dicipta kelab Pantai Timur daripada 10 gol.
Nasib Terengganu di Piala Shopee akan diketahui pada 5 Februari apabila mereka berkunjung ke Thailand bertemu BG Pathum United. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram