Pernah jalani 'trial' di Jepun, produk AMD disebut sertai Selangor berbanding 2 kelab kerdil


  • Podium
  • Jumaat, 31 Jan 2025

Bakat Irfan perlu diasah untuk menjadikannya pemain pertahanan berkualiti dalam negara.

PENGHIJRAHAN 'ubi muda' ke luar negara bukanlah sesuatu yang asing lagi kerana Luqman Hakim Shamsudin serta Hadi Fayyadh Abdul Razak sudah lama mengambil keputusan sedemikian.

Keputusan tersebut sememangnya menerima sokongan ramai memandangkan pendedahan terhadap suasana berbeza mampu membawa kelainan buat gaya permainan seseorang pemain meskipun hanya diletakkan dalam liga bawahan.

Bagaimanapun, pandangan mengenai perpindahan ke liga luar negara mula berubah selepas rata-rata bakat muda yang berkelana gagal menyesuaikan diri setiap kali pulang ke tanah air.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Where are they now?', 11 bintang AMD termasuk Luqman Hakim pernah 'bantai' Tajikistan 6-2

BACA LAGI: Mulakan langkah kanan benam kelab Jepun, AMD Dream tekad tewaskan Buriram United

Hadi-Fayyadh

Hadi Fayyadh ketika sedang beraksi dalam kelab divisyen bawahan di Jepun. Agensi

Selain bergelut mencari majikan baharu, rata-rata daripada mereka berdepan kesukaran untuk membuktikan impak daripada pengalaman diraih sepanjang tempoh dihabiskan di luar negara.

Bekas kapten Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17), Irfan Aswad menjadi antara 'ubi muda' terbaru yang berada dalam kelompok tersebut apabila gagal menampilkan kelainan setelah menjalani percubaan di Jepun pada penghujung tahun lalu.

Dalam satu ciapan di laman X Onefootball.my pada 10 November lalu, pemain itu dijemput ke kelab divisyen satu Jepun, Shonan Bellmare untuk sesi berkenaan bagi tempoh singkat.

"Kapten AMD U17, Irfan Aswad dikhabarkan selesai menjalani sesi trial bersama Shonan Bellmare selama dua minggu. Keputusan yang positif sepanjang sesi percubaan. Keputusan akan tahu sebelum bulan 12," tulisnya.

GcBfdvfbgAAyMcf

Irfan (kiri) ketika menjalani sesi percubaan bersama Shonan Bellmare. Agensi

Perkongsian itu terus dibuat berserta khabar angin mengatakan dua buah kelab pernah cuba mendapat khidmatnya dengan kemungkinan satu daripadanya adalah Selangor FC dan sebuah lagi kelab berpangkalan di Pantai Timur.

Hantaran itu sebelum ini menerima perhatian meluas daripada peminat bola sepak tanah air yang mengharapkan pengalamannya di negara Matahari Terbit berkenaan akan menyajikan kelainan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru dikongsikan menerusi akaun Pemain ke-12, Irfan dilaporkan memilih untuk kekal dalam Liga Malaysia meskipun ada menerima tawaran dari kelab Jepun.

"Khabar angin (dia) terima tawaran daripada kelab Jepun, tetapi kelab kecil sahaja dan mungkin gaji kecil. Rasanya dia akan ke Selangor," tulisnya pada Jumaat.

WhatsApp Image 2025-01-31 at 12.51.30 PM

Skuad Piala MFL Selangor memiliki kualiti tersendiri. Facebook/Selangor FC

Perpindahan ke skuad Gergasi Merah boleh dikatakan antara destinasi terbaik meskipun tidak boleh dinafikan Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan kelab terbaik untuk mengasah bakat 'ubi muda'.

Ini kerana Selangor FC merupakan kelab dengan antara fasiliti terbaik selain tidak pernah mengabaikan kebajikan pemainnya, termasuk mereka yang masih berada dalam skuad simpanan.

Pengalaman dimiliki Irfan selama dua minggu di Jepun bersama Shonan Bellmare selain tempoh dihabiskan semasa di bawah bimbingan AMD sudah tentu memudahkannya menyesuaikan diri.

Namun, pemain pertahanan itu perlu membuktikan dirinya sekiranya mahu diserap ke dalam skuad Piala MFL yang beraksi cemerlang ketika ini di bawah kendalian Abdi Hassan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram