[VIDEO] ‘You speak to him’, reaksi ex import Perak maki pengadil pernah buat fans di rumah terdiam


  • Podium
  • Khamis, 30 Jan 2025

Leandro (kanan) meraikan jaringan Perak dalam aksi akhir Piala Malaysia 2018 menentang Terengganu sebelum bergelar juara pada edisi tersebut.

SEJAK beberapa tahun yang lalu, Perak FC mempunyai skuad begitu ampuh jika nak dibandingkan dengan skuad dimiliki Yusri Che Lah ketika ini.

Berbeza semasa di era pengendali Australia, Mehmet Durakovic yang mempunyai begitu ramai pemain-pemain berkualiti seperti Mohd Shahrul Saad, Nazirul Naim, J.Partiban, Kenny Pallraj dan beberapa bintang lain.

Pemain import yang berkhidmat lama bersama Perak ketika itu ialah Leandro dos Santos iaitu selama empat musim sejak 2017.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panggil semua pemain keluar', apa Aleksandar Cvetkovic buat bikin fans Sri Pahang terharu

BACA LAGI: 'Kapten Marvel' antara 6 pemain ex Liga M di SCL 2024 boleh bantu KRW FC gegar Liga A1 Semi-Pro

Walaupun sudah memasuki usia lebih 30 tahun, Leandro sentiasa memberikan jiwa dan raganya semasa mewakili Perak sehingga mereka berjaya mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia pada 2018 selepas kali terakhir The Bos Gaurus mendakap trofi itu pada tahun 2000.

Sepanjang mewakili Perak, Leandro antara 'budak nakal' dalam pasukan selepas dia melakukan tugas yang baik untuk mengekang asakan lawan dengan terjahan kotor sehingga kerap dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Antara momen yang mungkin tidak akan dilupai seluruh peminat bola sepak tanah air apabila Leandro memaki pengadil dengan kata-kata kesat selepas tidak berpuas hati dengan prestasi pengendali perlawanan itu.

Momen itu berlaku semasa Perak ketinggalan 1-3 menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Pahang pada 2020 semasa penyokong tidak dibenarkan hadir ke stadium akibat pandemik Covid-19.

Kata-kata kesat dilemparkan oleh Leandro jelas kedengaran kerana suasana stadium yang sunyi dengan hanya bunyi daripada pemain-pemain menjerit dan wisel pengadil perlawanan.

Penonton di rumah yang menontot perlawanan itu pastinya tergamam dan terhibur kerana pemain kelahiran Brazil itu melemparkan kata-kata yang tidak baik dalam Bahasa Melayu sekali gus membuat semua penyokong faham akan maksudnya.

Namun begitu, emosi amarah dialami Leandro itu berjaya dikawal dengan baik sehingga berjaya membantu Perak bangkit mengikat Pahang dengan keputusan 3-3 sekali gus mengutip satu mata berharga di tempat lawan.

Antara kata-kata dikeluarkan oleh Leandro dalam aksi itu kepada pengadil ialah 'you speak to him' sebelum dia dilayangkan kad kuning atas tindakannya yang melampau.

Untuk rekod, Perak bukanlah kelab sulung Leandro di Malaysia selepas dia pernah mewakili T-Team dan Selangor FC sebelum menyertai skuad Durakovic pada 2017.

Kini Leandro tidak lagi mewakili mana-mana pasukan selepas kali terakhir mewakili Perak di usia 35 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram