Mulakan langkah kanan benam kelab Jepun, AMD Dream tekad tewaskan Buriram United


  • Podium
  • Khamis, 14 Nov 2024

Shahrizal Faizal mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh menjelang aksi berdepan juara bertahan, Buriram United petang Jumaat.

SKUAD AMD Dream tekad meraih keputusan positif menjelang pertembungan getir menentang juara bertahan B-14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh, Buriram United.

Pengendali AMD Dream, Shahrizal Faizal Ahmad Shariffudin berkata, berdepan kelab dari Thailand itu yang merupakan juara bertahan adalah cabaran sebenar.

BACA LAGI: Fizikal lawan bukan penghalang, AMD FUTURE mulakan Piala Supermokh 2024 dengan keputusan positif

BACA LAGI: [VIDEO] 'Faisal Halim is back', jaringan latihan berkelas dunia ubat kerinduan penyokong

MAD_2210-2

Shahrizal berkata, berdepan kelab dari Thailand itu yang merupakan juara bertahan adalah cabaran sebenar.

“Kita akan dapat lihat kemampuan pemain pada perlawanan petang esok (Jumaat), jadi saya memang mengharapkan keputusan positif yang mampu dijelmakan barisan pemain.

“Kemenangan pertama pada hari ini adalah motivasi penting buat pemain dan juga pasukan, masih banyak perlu diperbaiki dan saya mengharapkan permainan berkualiti serta sengit mampu dijelmakan nanti,” ujarnya.

AMD Dream memulakan langkah kanan dalam saingan B-14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh selepas tidak berdepan masalah menewaskan wakil dari kelab dari Jepun, Fagiano Okayama, 11-1.

Turut meraih keputusan positif pada perlawanan pertama yang berlangsung hari ini adalah satu lagi wakil negara iaitu AMD Future yang berjaya mengikat pasukan dari China, Evergrande Football School dengan keputusan 2-2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram