Biarpun hanya semusim, Hidalgo tak lupa jasa Kedah


  • Podium
  • Jumaat, 31 Jan 2025

Tempoh dihabiskan Hidalgo bersama skuad Sang Kenari membuahkan hasil lumayan buatnya dan pasukan. — Facebook/KDA FC

MESKIPUN sudah lima musim beraksi dalam Liga Super, kelicikan penyerang sayap kelahiran Argentina, Manuel Hidalgo masih memukau peminat yang masih kagum akan kebolehannya di atas padang.

Dia yang memulakan karier dalam arena bola sepak tanah air bersama Sri Pahang FC pada 2021 sememangnya dijangka memiliki kualiti tersendiri kerana pernah beraksi dalam skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Sheffield Wednesday.

Jangkaan ramai itu tidak mengecewakan apabila pada musim pertamanya di Pantai Timur, pemain bertubuh kecil itu merekodkan dua gol dan tiga bantuan jaringan dalam 10 penampilan Liga Super.

BACA LAGI: Sebelum Hidalgo, Ubaidullah dan Luciano mangsa layangan kad merah tak munasabah Liga M musim ini

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan ulas kad merah Hidalgo, Fandi mahu Tok Gajah manfaat peluang di Temerloh

b25lY21zOjE2NTI5YTUzLTBhODEtNDdiMS04MjM2LWVjMTIxMTg2YjIzNzo1N2YyNTUxNy04Yzk0LTQwNjAtYmY4NS1mZWQwMzhjNTZjYjQ=

Hidalgo (kiri) ketika beraksi dalam skuad B-21 Sheffield Wednesday. Agensi

Prestasi mengagumkan berkenaan diteruskan sehingga ke hari ini memandangkan Hidalgo sudah terlibat terlibat dalam 11 gol skuad Tok Gajah secara keseluruhan dengan empat gol dijaringkan dalam Piala Malaysia membantu pasukannya mara ke separuh akhir.

Namun, meskipun cukup sinonim dengan Sri Pahang, penyerang itu seperti merindukan tempoh dihabiskannya buat Kedah Darul Aman (KDA) FC musim lalu yang dikira menambah baik persembahannya di atas padang.

“Saya belajar banyak perkara (semasa bersama Kedah). Bukan mudah apabila saya berhijrah dari Sri Pahang FC ke Kedah tetapi suasananya cukup selesa.

“Makanannya juga lazat. Dan mereka juga ada jurulatih hebat iaitu Nafuzi (Zain), dia banyak membantu saya. Saya amat menghargai (pasukan) negeri (Kedah) dan penyokongnya,” katanya menurut laporan MakanBola.

470897391_18478998040031124_4238161108010601112_n

Hidalgo menyertai skuad Tok Gajah secara pinjaman dari JDT. Facebook/Sri Pahang FC

Hidalgo menyertai skuad Sang Kenari ketika kelab Utara tanah air itu membuat rombakan besar-besaran pada jendela perpindahan Liga Super 2023 dengan beberapa bintang dibawa masuk.

Selain pemain berusia 25 tahun itu, KDA FC mengambil keputusan menyambar Lee Tuck, Ebenezer Assifuah serta Amirbek Juraboev yang menyaksikan mereka menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga.

Bagaimanapun, masalah kewangan yang melanda menyaksikan beberapa pemain, termasuk Hidalgo meninggalkan kelab tersebut setelah menerima tawaran Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum dia dipinjamkan ke Sri Pahang FC.

Berdasarkan rekod, dia merekodkan empat gol dan 10 bantuan jaringan sepanjang semusim beraksi di Utara tanah air dengan beberapa momen menarik masih diingati penyokong Hijau Kuning.

Antara detik terbaik pernah ditampilkan Hidalgo adalah ketika pasukannya merekodkan keputusan seri 3-3 dengan JDT yang menyaksikan penyerang sayap terbabit mencipta kesemua tiga gol buat Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram