Lepas Ariff Farhan, giliran legenda JDT jual baju di TikTok, siap tawar jersi istimewa cecah RM3,000


  • Podium
  • Selasa, 28 Jan 2025

Ariff Farhan menjual beberapa barangan peribadinya menerusi siaran langsung TikTok baru-baru ini. — Facebook/KDA FC

BARU-BARU ini, bek Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ariff Farhan mencuri perhatian ramai apabila menjual pakaian menerusi siaran langsung TikTok di akaun peribadinya.

Tindakan diambilnya itu dikatakan dibuat bagi menampung diri dan keluarga berikutan masalah tunggakan gaji serius yang dialami kelab Utara tanah air tersebut.

Usaha itu juga menjadi buah mulut ramai dengan ada yang beranggapan keputusannya wajar dipuji sementara ada pula beranggapan sebaliknya kerana kerja-kerja dilakukan Ariff tidak mencerminkan personalitinya sebagai pemain profesional.

BACA LAGI: 'Berguru' dengan Hector Bidgolio, Aidil Zafuan bangga kekal jadi keluarga JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Arif Aiman, bintang termahal Liga M 'berebut' legasi No.7 Aidil Zafuan

2445032

Aidil sesuai diangkat sebagai legenda skuad Harimau Selatan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, dalam satu perkembangan terbaru, seorang lagi figura dalam dunia bola sepak tempatan turut mengambil langkah sedemikian, iaitu bekas kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Pendekatan diambil bekas bek negara itu adalah sama dengan Ariff Farhan apabila dia turut menawarkan pelayar TikTok untuk membeli barangan yang dijualnya secara siaran langsung.

Tetapi, apa yang menarik mengenai jualannya adalah apabila dia menjual jersi pernah dipakai sepanjang kariernya dengan hampir kesemua daripadanya terkandung kisah tersendiri.

Misalnya, baju yang dipakai ketika kemenangan bersejarah dalam perlawanan akhir Piala AFC 2015 menentang FC Istiklol turut ditawarkan dengan jersi itu sememangnya istimewa.

474593855_1019090280263120_7707926703816829719_n

Aidil menawarkan jersi yang dipakai ketika final Piala AFC 2015.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkannya bukanlah sesuatu yang mudah kerana menurut pengguna media sosial lain, Aidil mahu mendapatkan sekurang-kurangnya RM3,000 sebelum melepaskannya.

Meskipun harga ditetapkan itu terlalu tinggi, sesetengah pengumpul jersi sudah tentu memahami permintaan ditetapkan kerana nilai dan kisah di sebaliknya tidak terbanding.

Berdasarkan perkongsian ramai, Aidil mengambil keputusan untuk menjual barangan peribadi itu bagi menjimatkan ruang di kediamannya, namun tidak mahu melepaskannya tanpa sebarang pulangan.

Cita-cita itu jelas berbeza dengan Ariff Farhan kerana Aidil sendiri masih mempunyai sumber rezeki tetap sejak menyertai barisan kejurulatihan JDT sejak musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram