'Awat jadi lagu tu', loghat Kedah iringi kehebatan Zlatan di FIFA, gembirakan fans Hijau Kuning


  • Podium
  • Khamis, 30 Jan 2025

FIFA menggunakan loghat Kedah pada hantaran terbaharu mereka yang memuat naik foto Ibrahimovic. — Facebook/FIFA

PENYOKONG negeri mana yang tidak gembira apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggunakan dialek mereka dalam hantaran di media sosial rasmi, sekali gus dipertontonkan di peringkat global.

Perkara berkenaan berlaku kepada penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila badan induk berkenaan menggunakan loghat negeri itu pada hantaran terbaharu mereka yang memuat naik foto muda bintang dunia, Zlatan Ibrahimovic.

Menggunakan loghat tempatan dalam konteks antarabangsa boleh memberi impak besar kepada identiti pasukan dan menambah rasa kebanggaan kepada peminat tanah air khususnya setia penyokong Kedah.

BACA LAGI: Peledak gred A++ ada darah warisan, HM berpeluang sambar calon prolifik Belanda

BACA LAGI: Pemain import kagum dengan 'talent' Malaysia, letak JDT 'benchmark' untuk kemajuan Liga M

"Lonjong elok, kemaih elok, sepak menyerit tak tau nak habbbbaq! Apa benda yang hampa taktau pasai Zlatan, habaq mai," kapsyen dari FIFA yang menggunakan dialek Kedah itu sambil disertakan beberapa foto Ibrahimovic ketika bersama skuad kebangsaan Sweden.

Apabila diteliti Facebook rasmi FIFA, hanya status berkenaan sahaja yang menggunakan dialek negeri di Utara tanah air tersebut sedangkan siaran lain menggunakan bahasa Inggeris untuk memberi info atau menghiburkan penyokong.

Meskipun ada kemungkinan hantaran tersebut telah dibuat kepada tontonan server Malaysia sahaja, ia ternyata mencuri perhatian ramai hingga ada yang tidak percayakan perkongsian itu dibuat FIFA sendiri.

dalam dalam dalam

Tangkap layar hantaran dari FIFA pada Khamis.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata penyokong Hijau Kuning membanjiri ruangan komen berkenaan. Ia sedikit sebanyak menggembirakan pengikut Kedah yang kini banyak dihidang dengan berita berkaitan isu tunggakan gaji.

"Terbaik Kedah mendunia tak perlu jumpa Presiden FIFA pun," kata penyokong Hijau Kuning, Cavami.

"Awat jadi lagu tu (kenapa jadi begitu)," tambah penyokong Kedah, Saiful Borhan yang masih terkejut melihatan hantaran berkenaan.

"Walaupun tiada kaitan dengan KDA FC tapi sudah cukup penyokong seronok tengok Kedah mendunia," komen penyokong Sang Kenari, Azleyzan Khalil. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram