[VIDEO] Ada baiknya Nafuzi buru prospek 'mid table', bukan bintang muda 3 kelab elit Liga M


  • Podium
  • Rabu, 29 Jan 2025

Nafuzi mendedahkan bahawa dia sudah mula memantau pemain B-23 negara sejak awal bulan ini.— Facebook/FAM

PENGENDALI Harimau Muda negara, Nafuzi Zain mendedahkan bahawa dia sudah mula memantau pemain bawah 23 tahun (B-23) negara sejak awal bulan ini untuk mengukuhkan lagi pasukan bimbingannya.

Nafuzi yang juga bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC itu memberitahu bahawa ia merupakan langkah persiapan awal untuk melihat pemain mana sesuai untuk mewakili Malaysia dalam tiga kejohanan penting tahun ini.

BACA LAGI: 'Giggs Malaysia' disebut calon pembantu Badrul Afzan andai Hai-O pilih sertai Nafuzi

BACA LAGI: Jadikan bintang baharu Man City sebagai idola, pemain warisan Malaysia-Mesir disebut bela nasib Sabah FC

"Untuk tahun ini kita akan ada tiga kejohanan iaitu Kejuaraan B-23 Asean, Kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan Sukan SEA. Saya sudah memulakan pemantauan dari awal Januari dan mungkin panggilan pertama untuk pemain adalah pada Mac nanti.

"Saya melakukan pemantauan dan melihat semua pasukan yang bertanding di Liga Super dan Piala MFL. Kita tengok dari segi potensi pemain yang mana bersesuaian dengan cara kita akan bermain.

"Kita tahu kebanyakan pemain yang menyertai kejohanan sebelum ini masih boleh bermain dan saya terbuka kepada mana-mana pemain.

"Mungkin juga kita mencari peluang untuk memanggil pemain baharu dan juga pemain sedia ada. Pemain yang menunjukkan prestasi terbaik akan berada dalam pasukan," katanya dalam temu bual yang disiarkan di Youtube Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mengamalkan sikap terbuka untuk memberi peluang kepada pemain muda, pasti ramai menanti wajah baharu yang bakal mendapat pengalaman untuk mendapatkan ilmu di bawah kendalian Nafuzi.

Tidak usah terlalu memandang tiga pasukan teratas seperti Selangor FC, Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT), kali ini Majoriti menyenaraikan tiga pemain muda dari kelompok kelab pertengahan wajar mendapat tempat;

1) Aiman Yusni

dalam

Peningkatan ketara daripada Aiman sejak di skuad B-23 Perak membolehkannya dijulang penyokong skuad TBG. — Facebook/Perak FC

Bek kanan, Aiman Yusni antara pemain muda sedang membina nama bersama Perak FC selepas dia banyak mendapat kepercayaan daripada Yusri Che Lah untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sebagai seorang bek tengah, pemain berketinggian 1.67 meter itu memiliki kekuatan fizikal yang teguh, kemampuan membaca permainan dengan baik serta ketepatan dalam melakukan clearance yang efektif untuk menghalang serangan lawan.

Malah, kepakarannya dalam bertahan dan mengekang asakan menjadikannya sebagai aset yang amat bernilai kepada pasukan. Aiman juga dikenali kerana sifat kepimpinan dan kestabilan yang ditunjukkannya di atas padang, terutamanya dalam mengemudi pertahanan.

Dengan usianya yang kini menjangkau 22 tahun itu, kehadiran Aiman ke dalam skuad Nafuzi boleh memberi peluang kepadanya untuk mengembangkan lagi kemahiran dan pengalaman dalam pertandingan antarabangsa yang lebih sengi

2) Muhd Alif Ikmalrizal Anuar

alif

Alif Ikmalrizal (kiri) pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala AFF B-23 pada tahun lalu. — Facebook/FAM

Sejak menyinar bersama Penang FC pada musim 2023, Muhd Alif Ikmalrizal Anuar mula mendapat kepercayaan untuk menyarung jersi Harimau Muda pada Kejohanan Piala AFF 2023 dengan memulakan debutnya ketika perlawanan menentang Timor Leste.

Pada perlawanan berkenaan, pemain yang beraksi di posisi penyerang tengah itu berhasil meledak dua gol dan sejak itu, namanya sering tersenarai dalam panggilan ke skuad kebangsaan B-23.

Dalam saingan Liga Super, Alif Ikmalrizal banyak dimasukkan sebagai pemain gantian namun sentiasa memastikan kehadirannya dirasai dengan memberi work rate yang tinggi dan pernah mencetak gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Perak FC.

Dengan impak yang dihasilkan oleh Alif Ikmalrizal sebagai penyerang sememangnya diperlukan oleh kelab dan wajar dikekalkan oleh Nafuzi untuk menganggotai barisan hadapan skuad B-23 negara.

3) Saiful Jamaluddin

1234

Saiful adalah bintang dalam pembikinan Tok Gajah. — Facebook/FAM

Merupakan nama yang tidaklah segah seperi bintang regular skuad kebangsaan B-23, tetapi Saiful Jamaluddin adalah prospek yang masih dalam pembikinan dan mampu menyinar lebih terang dalam kancah bola sepak negara.

Jika di mungkin dilihat dalam beberapa aksi bersama skuad kebangsaan, Saiful mungkin membawa watak sampingan untuk Harimau Muda tetapi pemain tengah bertahan ini mampu memberikan kualitinya apabila diperlukan.

Bersifat pemain utiliti, Saiful sebenarnya boleh bermain di pelbagai posisi selain bahagian tengah. Pemain Sri Pahang FC itu turut boleh diletakkan di bahagian pertahanan tengah jika diperlukan untuk menjadi backup kepada pemain utama.

Dalam saingan domesti, pemain berusia 23 tahun itu merupakan tulang belakang bahagian tengah Sri Pahang dalam memastikan pasukan lawan tidak mudah untuk menguasai perlawanan khudususnya untuk Piala Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram