'Sebagai profesional, mereka kena bersedia', Fandi Ahmad kecewa ada pemain Sri Pahang tak dengar cakap


  • Podium
  • Selasa, 28 Jan 2025

Fandi kecewa ada pemainnya tidak beraksi profesional seperti diharapkan. — Facebook/Sri Pahang FC

PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak dapat menyembunyikan kekecewaanya ketika kelabnya seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC pada Ahad.

Fandi berpendapat sesetengah pemainnya tidak bertindak sebagai seorang pemain profesional apabila tidak mengikut arahan yang sudah ditetapkan kepada mereka.

Bagi jurulatih itu, tindakan para pemain mengabaikan arahannya menyebabkan Sri Pahang terpaksa berpuas hati memperoleh satu mata sahaja.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panggil semua pemain keluar', apa Aleksandar Cvetkovic buat bikin fans Sri Pahang terharu

BACA LAGI: Ikat Sabah di Likas, Kpah Sherman kagum kudrat 2 pemain muda Sri Pahang

475202235_18485527498031124_8624945593795525376_n

Fandi kecewa ada pemain Sri Pahang yang tidak mengikuti arahannya. — Facebook/Sri Pahang FC

"Kami tidak bermain bola sepak, kami bermain ragbi. Kami tidak dapat bermain bola sepak kami kerana (keadaan) padang. Kami terpaksa bermain bola tinggi tapi kami juga membuat analisis dan bekerja keras terhadap strategi bola mati untuk keadaan padang sebegini.

"Saya kecewa, para pemain pun sama. Kami mencipta begitu banyak peluang tapi disia-siakan. Kami sepatutnya mempunyai tiga gol di separuh masa pertama. (Apabila dapat) peluang terbuka, kami tidak merembat bola ke sasaran.

"Ada di antara pemain yang tidak mengikuti arahan ditetapkan dan kami membiarkan (pihak lawan) melakukan tandukan bebas. Saya berikan nama pemain yang perlu dijaga tapi ia tidak dilakukan. Kami selalu lupakan tugasan kami, kami boloskan gol mudah daripada situasi bola mati," ujar Fandi.

Dalam masa yang sama, Fandi turut melihat para pemainnya seolah tidak bersedia untuk beraksi dalam perlawanan dalam keadaan padang basah.

Kegagalan mereka untuk bersedia itu membuatkan Fandi berasakan para pemainnya seolah tidak seperti pemain profesional.

"Saya beritahu mereka untuk pakai kasut dengan enam stud daripada besi tapi ada yang menggunakan stud getah. Sebagai pemain prfoesional, anda perlu bersedia," ulas Fandi. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram