SUDAH menjadi kelaziman dalam kehidupan manusia apabila berlakunya kejadian aneh lalu menimbulkan persepsi, pelik tapi benar.
Dalam bola sepak juga tidak terkecuali, di Liga Super musim ini kita dapat saksikan beberapa kelab berdepan situasi yang tampak sukar apabila mengalami situasi sukar secara berulang.
Situasi sukar itu sedikit sebanyak menganggu perjalanan mereka dalam musim kali ini terutamanya dari pencapaian dalam liga.
BACA LAGI: [VIDEO] Sama macam lawan Pahang, aksi Kuching City-Kedah ditunda hari lain akibat hujan lebat
BACA LAGI: Menang piala, gaji 'on time' boleh jadi azam Selangor, Kedah pada 2025
Kuching City dan hujan
Kisah antara Kuching City FC dengan cuaca hujan menyebabkan perjalanan mereka dalam liga sedikit tergendala ketika ini.
Hal ini kerana, Kuching sudah dua kali terperangkap dalam hujan dengan perlawanan mereka ditangguh akibat cuaca tersebut.
Dua perlawanan The Cats bertemu Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC ditunda selepas hujan turun dengan sungguh lebat hingga permainan tidak boleh dimainkan selepas 30 minit perlawanan.
Hingga kini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih belum mengeluarkan tarikh baharu bagi kedua-dua perlawanan tersebut.
Bogey team Sri Pahang
Dalam bola sepak, satu-satu kelab mesti mempunyai bogey team mereka. Pada yang tidak biasa dengan terma itu, bogey team merupakan pihak lawan yang sering menewaskan satu-satu pasukan. Lazimnya, bogey team itu sering dilihat sebagai kelab yang tidak begitu hebat.
Bagi Sri Pahang FC, bogey team mereka pada musim ini adalah Negeri Sembilan FC. Musim ini, Tok Gajah mencatatkan kekalahan berganda kepada skuad Jang dalam Liga Super.
Sri Pahang kalah dua kali bertemu Negeri Sembilan di Liga Super musim ini. — Facebook/Negeri Sembilan FC
Sri Pahang kalah 0-2 kepada Negeri Sembilan di laman sendiri dan mereka tumpas 1-2 semasa beraksi tempat lawan.
Kekalahan itu cukup memalukan Sri Pahang kerana Negeri Sembilan merupakan kelab yang sering berada di kelompok bawahan liga.
Krisis kecederaan Terengganu
Dalam bola sepak, krisis kecederaan adalah perkara lazim yang menimpa mana-mana kelab. Walaupun ia lazim, tetapi apabila ia tiba, sungguh sukar untuk diatasi.
Musim ini menyaksikan Terengganu adalah kelab yang berdepan dengan krisis kecederaan melibatkan para pemain utamanya. Sejak dari pra-musim, skuad Penyu kehilangan pemain utama mereka.
Ivan Mamut, Matthew Steenvoorden serta Akyhar Rashid yang menjadi mangsa samun beberapa hari sebelum Liga Super bermula.
Selain itu, mereka turut kehilangan penjaga gol, Suhaimi Husin menjelang fasa akhir musim 2024/2025. Namun begitu, Terengganu berjaya memastikan mereka tidak goyah walaupun mengalami situasi sukar itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram