Boleh tampung gaji, giliran kelab kerdil Itali pula minat Marcus Rashford


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Rashford berdepan kesukaran untuk berhijrah menyertai pasukan baharu ekoran gaji mingguannya yang tinggi. — Agensi

PENGGEMPUR Manchester United, Marcus Rashford kini menjadi tumpuan dalam jendela perpindahan Januari apabila AC Milan berdepan cabaran getir untuk membawa penyerang itu ke San Siro.

Menariknya, kelab kecil Itali, Como muncul sebagai pencabar apabila berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu ketika Milan berdepan kesukaran ekoran faktor kewangan.

Perbincangan antara Milan dan ejen Rashford pada Rabu memberi sedikit harapan buat gergasi Serie A itu, namun nilai perpindahan tinggi Rashford, dianggarkan sekitar £50 juta (RM277 juta) dan gaji mingguan £325,000 (RM1.8 juta) menjadi halangan utama.

BACA LAGI: Konsisten di Liga Super, Transfermarkt iktiraf JDT antara 4 kelab paling 'on-form' di dunia

BACA LAGI: 'Terima kasih 2024/2025, will come back stronger', Feroz Baharudin rehat panjang akibat kecederaan ACL

Menurut laporan, The Red Devils menetapkan syarat tegas iaitu mana-mana kelab yang berminat perlu menanggung sekurang-kurangnya 50 peratus gaji Rashford, bersamaan £162,500 (RM900,000) seminggu.

Bagi Milan, ia jauh melebihi gaji tertinggi pemain mereka, Alvaro Morata yang menerima £150,000 (RM831,261) seminggu.

Sementara itu, Como mencuri perhatian apabila mereka dikatakan mampu menampung gaji Rashford dan kehadiran Raphael Varane yang juga bekas bintang United sebagai duta kelab itu mungkin memudahkan urusan memujuk pemain berkenaan.

Dalam perkembangan lain, United turut berdepan cabaran mengekalkan bakat muda mereka, Kobbie Mainoo selepas pemain hasil akademi itu dikatakan meminta gaji sekitar £200,000 (RM1.1 juta) seminggu dalam rundingan kontrak barunya, menjadikan masa depan pemain itu di Old Trafford turut menjadi tanda tanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram