Sebelum sertai Man United, Patrick Dorgu ada pengalaman berdepan bek Indonesia


  • Podium
  • Rabu, 29 Jan 2025

Dorgu disahkan sebagai rekrut baharu skuad The Red Devils dalam perpindahan yang menelan belanja RM137.2 juta. — Agensi

MANCHESTER United melengkapkan perpindahan pertama dalam jendela musim sejuk kali ini apabila menyambar pemain sayap muda dari Denmark, Patrick Dorgu dari Leece.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan dilaporkan membuat pelaburan mencecah €30 juta (RM137.2 juta) untuk membawa masuk penyerang baharu itu selepas terdapat khabar angin beberapa pemain akan angkat kaki pada Jun nanti.

Ini termasuk dua tonggak serangan sayap, Alejandro Garnacho serta Marcus Rashford kerana masing-masing dilaporkan membawa pengaruh tidak baik dalam bilik persalinan.

BACA LAGI: [VIDEO] JDT terlepas khidmat Jay Idzes, ramai lebih gemar bek warisan Indonesia ke Inter Milan

BACA LAGI: [VIDEO] Revolusi Harimau Malaya buat Erick Thohir risau akan dipintas oleh Malaysia

rashford-garnacho_ea10492

Dorgu dijangka menggantikan Rashford (kiri) atau Garnacho dalam skuad The Red Devils. — Agensi

Jadi, pelaburan besar untuk membawa masuk Dorgu yang baru sahaja berusia 20 tahun itu boleh dikatakan sebagai strategi jangka masa panjang dibuat pengurusnya, Ruben Amorim.

Keputusan mendapatkan pemain terbabit sudah tentu dibuat selepas pihak kejurulatihan berasa kagum akan kebolehannya bermain dalam liga teratas di Itali sejak dua musim lalu.

Selain dikatakan memiliki kepantasan memukau, Dorgu dilaporkan mempunyai skil tersendiri untuk melepasi pertahanan lawan yang amat diperlukan dalam skuad The Red Devils ketika ini.

Namun, tahukah anda, dalam kalangan pemain di tembok pasukan pernah dihadapinya, rekrut baharu Manchester United itu rupanya pernah berdepan bek kebangsaan Indonesia, Jay Idzes yang kini berkhidmat buat Venezia FC.

jay-idzes_169

Idzes turun beraksi ketika pasukannya bertemu Lecce pada hujung tahun lalu. — Agensi

Perlawanan yang berlangsung di 'rumah' Venezia FC terbabit menyaksikan kedua-dua pemain berkenaan berada dalam kesebelasan utama buat pasukan masing-masing.

Menariknya, dalam pertembungan terbabit, Dorgu yang merupakan pemain sayap kanan mencuri nama apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-70 perlawanan.

Sumbangan di hadapan pintu gol itu sudah tentu mencuri perhatian pihak Manchester United memandangkan setakat ini, pemain berkenaan baru sahaja mencatatkan tiga jaringan Serie A.

Harapan tinggi sudah tentu diletakkan penyokong terhadap Dorgu kerana ketika ini, skuad The Red Devils masih berada di kedudukan ke-12 EPL dengan peluang masih cerah untuk memburu slot ke Eropah musim depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram