[VIDEO] JDT terlepas khidmat Jay Idzes, ramai lebih gemar bek warisan Indonesia ke Inter Milan


  • Podium
  • Isnin, 08 Apr 2024

Idzes mencetak gol sulung buat Indonesia ketika perlawanan menentang Vietnam yang berakhir dengan keputusan 0-3. — Instagram/JayIdzes

BINTANG warisan Indonesia, Jay Idzes tidak mengambil masa lama untuk meletakkan dirinya sebagai salah seorang bek tengah terbaik skuad Garuda selepas membuat penampilan debut bersama pasukan berkenaan pada Mac lalu.

Dalam aksi menentang Vietnam untuk saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, Idzes beraksi penuh 90 minit untuk kedua-dua perlawanan yang menyaksikan Indonesia menang 1-0 (21/3/2024) dan 0-3 pada 26 Mac 2024.

Bukan hanya mempamerkan kualiti pertahanan yang baik ketika perlawanan itu, ketenangan pemain berusia 23 tahun berkenaan juga mendapat pujian menggunung daripada penyokong Indonesia.

Idzes yang kini beraksi bersama pasukan Serie B Itali, Venezia FC itu dilihat sebagai aset masa depan Indonesia untuk menaikkan ranking dunia mereka dan seterusnya menjadi kuasa besar dalam rantau Asia Tenggara.

Pengalaman pemain warisan Indonesia-Belanda itu nampaknya akan semakin meluas apabila Idzes difahamkan menarik minat kelab gergasi Serie A, Inter Milan untuk menjadi rekrut terbaharu mereka.

BACA LAGI: Patut contohi Afiq Fazail, winger kiri JDT II wajib baiki prestasi yoyo

BACA LAGI: Tidak kelihatan di padang latihan JDT, Syafiq Ahmad sibuk main bola dengan tonggak Kedah

Khabar angin berkenaan semakin menjadi gamit-gamitan penyokong Indonesia dengan mereka berharap ia akan menjadi kenyataan untuk membantu menambah baik skil bek tengah berketinggian 1.90 meter itu.

Desas-desus Idzes ke Inter Milan tercetus apabila pemain itu mendedahkan sering mendapat jemputan untuk menyaksikan perlawanan pasukan tersebut dari legenda skuad Nerazzurri, Ivan Cordoba.

Legenda pasukan kebangsaan Colombia itu kini merupakann jadi Pengarah Sukan Venice dan sering meluangkan masa berjumpa para pemainnya termasuklah Idzes yang kini salah seorang tonggak kelab.

Ura-ura Idzes ke Inter Milan juga melegakan penyokong Garuda susulan sebelum ini, dia difahamkan akan menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas pemain itu dilihat mengikuti Kiko Insa di laman Instagram.

Kiko Insa dikenali sebagai ejen yang sering membawa pemain import kepada kelab Liga Malaysia dan antaranya ialah Jordi (Johor Darul Takzim), Liridon Krasniqi (bekas pemain Terengganu FC), Mario Arques (bekas import TRW) dan Levy Madinda (bekas Negeri Sembilan FC).

Memetik laporan media Indonesia, Bola Okezone, kekuatan dana yang dimiliki JDT untuk menawarkan gaji lumayan seperti mana diterima Bergson da Silva, Fernando Foriesteri dan Jordi Amat, sekali gus berpontensi cerah memikat Jay Idzes ke Stadium Sultan Ibrahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram