[VIDEO] Revolusi Harimau Malaya buat Erick Thohir risau akan dipintas oleh Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 18 Dis 2024

Tunku Mahkota Ismail (kanan) bersama Pengerusi Indonesia FA, Erick Thohir. — Facebook/Tunku Mahkota Ismail

PELANTIKAN dua individu penting iaitu pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara memberi petunjuk bermulanya revolusi pasukan kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, pelantikan dua individu itu merupakan langkah pertama membantu Harimau Malaya ke arah yang lebih baik.

Revolusi Harimau Malaya yang dipelopori oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu juga nampaknya mendapat perhatian Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.

BACA LAGI: Pertemuan 4 mata TMJ-Erick Tohir, ada 3 kemungkinan termasuk hadirnya Jay Idzes, tiru pelan naturalisasi Indonesia

BACA LAGI: Malaysia ketinggalan, Indonesia selangkah rekrut penjaga gol Inter Milan bagi projek naturalisasi

Menariknya, konglomerat Indonesia itu sudah memberi amaran tentang kebangkitan Malaysia apabila mengetahui projek berkenaan juga akan mempunyai seorang Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Teknikal.

”Saya baru dengar tadi dari media sosial, Malaysia juga mahu menaikkan semula bola sepak. Ada jurulatih baharu katanya, mereka juga akan lantik CEO,” katanya menerusi klip video dimuat naik vivagoal.

Oleh itu, Erick tidak mahu Indonesia bersikap cepat berpuas hati dan terus berusaha maju ke hadapan untuk mengejar impian jika tidak mahu dipintas oleh Malaysia buat kali kedua.

”Ya ini kembali, apa pun yang kita (Indonesia) lakukan hari ini, jangan (cepat) berpuas hati. Kita harus bergerak ke hadapan dan jaga mimpi kita.

“Kalau tidak, kita akan dipintas oleh Malaysia sekali lagi,” kata figura yang berhasil memberi perubahan dałam bola sepak Indonesia itu.

WhatsApp Image 2024-12-18 at 00.14.53

Cklamovski merupakan pengendali baharu Harimau Malaya.

Erick dikenali sebagai individu yang membawa perubahan positif dan besar kepada landskap bola sepak Indonesia khususnya skuad kebangsaan mereka apabila dia berhasil menaikkan kualiti Sang Garuda sehingga lolos ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi nanti.

Selain itu, konglomerat Indonesia tersebut juga merupakan watak utama yang berhasil mencari dan memujuk bakat warisan negara mereka seperti Rafael Struick dan Justin Hubner untuk menyarung jersi Sang Garuda.

Ketika ini, Indonesia menduduki ranking ke-125 dunia, tujuh anak tangga di hadapan skuad negara yang berada di kedudukan ke-132 dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram