
MANCHESTER United dan Chelsea dijangka menjadi tumpuan dalam beberapa hari terakhir jendela perpindahan Januari apabila kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu merancang langkah penting bagi memperkuat pasukan masing-masing.
Setakat ini, kedua-dua kelab masih belum aktif membuat pembelian besar, namun desas-desus mengenai perpindahan pemain semakin hangat.
Salah satu topik utama ialah potensi perpindahan pemain sayap muda Manchester United, Alejandro Garnacho, yang dilaporkan menarik minat serius daripada skuad The Blues.
BACA LAGI: Alejandro Garnacho hampiri pintu keluar, sedia tinggalkan Man United demi seteru Chelsea
BACA LAGI: Petanda Man United akan karam makin jelas di sebalik baju pemanas badan Amad Diallo
Chelsea dikatakan merancang untuk membuat tawaran rasmi terhadap pemain berusia 20 tahun itu dengan The Blues dikhabarkan menerima tentangan daripada Barcelona yang difahamkan turut berminat untuk menandatangani Garnacho.
Garnacho,yang kini tidak berpuas hati di Old Trafford dan mencari cabaran baharu, dilaporkan tertarik untuk menyertai Chelsea. Situasi terbabit mengingatkan kepada perpindahan Jadon Sancho pada jendela musim panas lalu.
Namun, Manchester United tidak hanya diam. Ketika rundingan mengenai Garnacho berlangsung, mereka turut menyatakan minat terhadap dua pemain Chelsea, iaitu Christopher Nkunku dan Joao Felix.
Garnacho dikatakan akan menyarung jersi Chelsea pada jendela perpindahan Januari ini. —Agensi
Kedua-dua pemain ini kurang mendapat peluang bermain di bawah kendalian Enzo Maresca dan dilaporkan berminat untuk berpindah ke skuad The Red Devils.
Menurut laporan TBR Football, Nkunku turut menjadi perhatian Bayern Munich dan Paris Saint-Germain, tetapi Man United kini paling dekat untuk mendapatkan khidmat penyerang Perancis itu.
Dengan masalah ketumpulan serangan yang dihadapi United akibat prestasi tidak konsisten Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee, kelab itu berharap Nkunku dapat menjadi penyelesaian bagi membantu mereka bangkit di separuh kedua musim ini.
Chelsea pula dikatakan serius dalam usaha mendapatkan Garnacho bagi menguatkan pasukan. Rundingan antara kedua-dua kelab ini dijangka memeriahkan hari-hari akhir jendela perpindahan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram