SALAH satu elemen yang diraikan dalam bola sepak adalah nilai fair play oleh setiap pemain setiap kali beraksi.
Fair play merupakan satu nilai yang mana pemain bermain dengan semangat kesukanan tinggi tanpa perlu menggunakan kekerasan hingga menyebabkan mereka diberikan kad kuning atau merah oleh pengadil.
Di Liga Super, ada beberapa kelab yang mempunyai rekod disiplin yang dikira 'bersih' sekali gus mengamalkan nilai fair play setiap kali beraksi.
BACA LAGI: Momentum sudah ada, peluang rebut Top 3 jadi pembakar semangat TFC tumpaskan JDT
BACA LAGI: Hai-O dilapor semakin hampir sertai revolusi Harimau Malaya, TFC jumpa pengganti
Johor Darul Ta'zim
Selain daripada mempunyai kekuatan dalam beraksi di padang dengan sering mendapatkan keputusan-keputusan baik, Johor Darul Ta'zim (JDT) turut mempunyai disiplin yang elok.
JDT merupakan antara tiga kelab paling rendah rekod disiplinnya apabila hanya mengutip 27 kad kuning setakat ini.
Natxo Insa (belakang) ada tiga kad kuning bersama JDT. — Facebook/Terengganu FC
Pemain paling 'nakal' dalam skuad JDT adalah Juan Muniz dengan dia mengutip lima kad kuning yang merupakan jumlah tertinggi.
Sementara pemain seperti Arif Aiman, Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Oscar Arribas turut mengutip jumlah kad kuning yang tinggi iaitu sebanyak tiga kali. JDT juga tidak merekodkan sebarang pemain menerima kad merah.
Kedah Darul Aman
Selain daripada JDT, Kedah Darul Aman FC merupakan antara pasukan paling baik disiplinnya ketika di padang.
Walaupun sering berdepan masalah kewangan, tetapi Kedah terus menunjukkan semangat kesukanan tinggi ketika di padang dengan cuma mengutip 26 kad kuning.
Wan Amirul Afiq mengutip tiga kad kuning dalam Liga Super. — Facebook/Kedah Darul Aman FC
Dua bekas pemain, Cleylton Santos dan Sony Norde merupakan penyumbang kad kuning terbanyak Kedah selain Ebenezer Assifuah sebanyak empat kali.
Sama seperti JDT, Kedah turut mempunyai rekod bersih dari segi kutipan kad merah apabila tiada pemain mereka dibuang padang setakat ini.
Terengganu
Pelengkap kepada tiga kelab Liga Super paling 'bersih' rekod disiplinnya adalah wakil Pantai Timur, Terengganu FC.
Skuad kendalian Badrul Afzan itu merupakan kelab dengan rekod disiplin paling baik di Liga Super setakat ini dengan mereka cuma mengutip 16 kad kuning.
Ubaidullah (kiri) merupakan penerima tunggal kad merah Terengganu. — Facebook/Terengganu FC
Akram Mahinan merupakan pemain paling banyak kad kuning dalam skuad Terengganu iaitu lima selain Shahrul Nizam, Azam Azmi dan Alif Zakaria mengutip kad serupa tiga kali.
Bagaimanapun, Terengganu mempunyai satu kad merah dalam rekod mereka dengan Ubaidullah Shamsul merupakan penerima tunggal kad tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram