AKSI Liga Super antara Kuching City FC dengan Kedah Darul Aman FC pada Jumaat disahkan tunda akibat hujan lebat yang melimpahi Stadium Negeri, Kuching pada Jumaat.
Hujan lebat yang turun sejak sebelum perlawanan bermula jelas memberikan impak kepada permainan apabila pergerakan bola terganggu akibat takungan air di padang.
Semakin lama, semakin banyak takungan air di padang dan ia memaksa pengadil untuk menangguhkan seketika permainan.
BACA LAGI: The Cats sempat ‘leading’, aksi Sri Pahang-Kuching City ditangguh kerana hujan lebat
BACA LAGI: Bintang Piala MFL dari JDT, TFC, Pahang pastikan aura Arumugam tak hilang dari Liga Super
Perlawanan ditangguh seketika pada minit ke-15 dengan kedudukan masih 0-0 antara kedua-dua pasukan dengan status sama ada aksi disambung semula atau tidak masih menjadi tanda tanya.
Namun, selepas 30 minit aksi ditangguhkan, komisioner perlawanan mengesahkan pertemuan dua kelab itu tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.
Ia merupakan kali kedua perlawanan ditangguhkan akibat hujan lebat melibatkan Kuching dengan sebelum ini mereka mengalami situasi serupa semasa berdepan Sri Pahang FC pada 2 November.
Ketika itu, aksi di Temerloh menyaksikan Kuching mendahului 1-0 sebelum aksi ditangguh selepas 30 minit perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram