PENGENDALI Liverpool, Arne Slot memuji Mohamed Salah yang dianggap 'istimewa' selepas penyerang The Reds itu menjadi pemain pertama dalam sejarah kelab untuk mencetak 50 gol di peringkat Eropah.
Pujian tersebut diberikan selepas Liverpool menewaskan Lille 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Anfield pada Rabu.
Salah, yang kini menjadi ikon di Anfield berjaya menambah koleksi golnya dalam kejohanan Eropah, sekaligus mengukir pencapaian yang luar biasa dalam kariernya di Liverpool.
BACA LAGI: Debaran memuncak, PSM Makassar kelab pertama muncul semifinalis Piala Shopee jika malukan TFC
BACA LAGI: 'Sikit lagi kena pecat', Kim Swee lakar kemenangan sulung lepas 8 perlawanan
Salah menjaringkan gol Eropah ke-50 untuk Liverpool. — Facebook/Liverpool
"Istimewa, perkataan menggambarkan prestasi Mo di kelab ini.
"Atau mungkin ada perkataan yang lebih baik untuk digunakan, tetapi dia telah cemerlang untuk kelab ini selama bertahun-tahun dan masih melakukannya. Hari ini dia sekali lagi menjaringkan gol yang hebat," kata Slot.
Kemenangan tersebut turut memperkukuh kedudukan pasukan bimbingan Slot di peringkat kumpulan.
Bintang The Reds itu menjaringkan gol ke-22 musim ini apabila menerima hantaran bola daripada Curtis Jones pada babak pertama sebelum melepaskan bola melepasi penjaga gol Lille, Lucas Chevalier.
Pada separuh masa kedua, Harvey Elliott menambah gol kedua selepas percubaannya terkena pemain lawan, menjadikan kedudukan 2-1 selepas Jonathan David menyamakan kedudukan untuk Lille.
Dalam aksi tersebut, Lille terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Aissa Mandi dilayangkan kad merah pada minit ke-59.
Manisnya, perlawanan itu juga menyaksikan Salah menjaringkan gol Eropah ke-50 untuk Liverpool.
Tiga mata itu membolehkan anak buah Slot mengekalkan rekod tanpa kalah untuk berada di puncak senarai 36 pasukan dengan 21 mata.
Tidak mustahil, kejayaan Salah dan pujian Slot itu boleh mempengaruhi fikiran kapten Mesir itu untuk kekal di Anfield, sekali gus menjadi antara legenda terbaik Liverpool sepanjang zaman seperti Steven Gerrard dan Jamie Carragher. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram