'Berguru' dengan Hector Bidgolio, Aidil Zafuan bangga kekal jadi keluarga JDT


  • Podium
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Aidil Zafuan (tengah) kini merupakan pembantu jurulatih di skuad utama JDT. — JOHOR Southern Tigers

TEMPOH karier bagi seseorang pemain bola sepak profesional tidaklah begitu lama iaitu sekitar 15 hingga 20 tahun sahaja.

Selepas tamat bermain, pemain lazimnya akan terus kekal dalam industri bola sepak dengan mereka akan menceburi pelbagai cabang kerjaya seperti sebagai penganalisis di televisyen, pencari bakat (scout) atau pun jurulatih.

Jurulatih merupakan jawatan lazim yang dituju oleh pemain selepas bersara. Lazimnya, mereka akan bermula daripada skuad remeja atau sebagai pembantu jurulatih sebelum menggalas tugasan lebih senior dan penting dalam pasukan.

Begitulah yang terjadi kepada bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan yang kini sudah menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Harimau Selatan yang diketuai Hector Bidoglio.

Aidil kini tidak lagi beraksi dengan tugasnya adalah menurunkan ilmu kepada bekas rakan sepasukannya menerusi kapasitinya sebagai jurulatih.

BACA LAGI: Rekod gol kurang cantik, Wan Jamak tahu alasan Nafuzi bawa Milos Gordic ke Sang Kenari

434653394_987273549435288_3543045884164594661_n

Aidil (kanan) bersama-sama Nazmi Faiz (kiri) dan Arif Aiman (tengah) sewaktu sesi latihan JDT. — JOHOR Southern Tigers

BACA LAGI: Sasar top 6, kapten Perak optimis taruhan muka baharu boleh bantu capai KPI

Memetik laporan Scoop, bekas pemain Harimau Malaya itu menanggap ia adalah satu detik yang membanggakan dirinya kerana berjaya melalui transisi baik daripada seorang pemain kepada jurulatih.

Menurut Aidil, dia masih lagi muda dan mentah dalam dunia kejurulatihan. Namun begitu, ia tidak menghalang bekas pertahanan tengah itu untuk menggunakan peluang yang ada bagi menjadi jurulatih berjaya.

"Ia adalah satu detik yang penuh membanggakan, saya sudah menjalani sesi latihan saya yang pertama sebagai barisan kejurulatihan. Setakat ini, semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat kembali ke padang latihan bersama bekas rakan sepasukan saya.

"Saya masih lagi muda, dan masih banyak perlu dibelajar sebagai seorang jurulatih. Saya berjanji akan menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin," kata Aidil.

Menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan JDT merupakan kerjaya pertama Aidil selepas menamatkan karier yang bermula sejak 2005.

Sepanjang kariernya, Aidil telah berjaya memenangi 11 gelaran Liga Super, enam Piala Malaysia, empat Piala FA dan juara Piala AFC pada 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram