Disyaki seludup kokain, bekas pemain Liga 1 Indonesia terkait sindiket dadah antarabangsa ditahan polis Belgium


  • Podium
  • Selasa, 28 Jan 2025

Nainggolan merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Belgium. — Agensi 

BERITA mengejutkan daripada Radja Nainggolan apabila bekas pemain Bhayangkara Presisi Indonesia FC itu ditahan kerana disyaki menyeludup kokain.

Menurut media Belgium, Gazet van Antwerpen, polis menahan beberapa suspek termasuk Nainggolan selepas menjalankan siri serbuan pada awal pagi.

Dalam siasatan itu, sebanyak 30 rumah di Antwerp dan Brussels diserbu polis pada Isnin pagi waktu tempatan.

BACA LAGI: Momentum sudah ada, peluang rebut Top 3 jadi pembakar semangat TFC tumpaskan JDT

BACA LAGI: TFC hilang kapten, bintang utama berdepan JDT

"Siasatan ini membabitkan dakwaan penyeludupan kokain dari Amerika Selatan ke Eropah melalui pelabuhan Antwerp, dan pengedarannya di Belgium," menurut kenyataan pihak pendakwa raya.

Selain ditahan, kereta Nainggolan turut dirampas dan menurut laporan, peguam pemain itu dalam perjalanan untuk menemuinya.

Nainggolan baru sahaja pulang ke Belgium. Pemain berusia 36 tahun itu menyertai kelab Challenger Pro, Lokeren-Temse, selepas meninggalkan Bhayangkara FC pada penghujung musim lalu.

GiTTBFGbIAEhtB3

Polis menahan beberapa suspek termasuk Nainggolan ​​​​​​selepas melakukan siri serbuan. — Agensi

Penampilan sulungnya bersama Lokeren pada hujung minggu lalu menyaksikan dia menjaringkan gol dalam keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang K Lierse.

Pada musim panas 2021, Nainggolan kembali dari Itali ke Belgium untuk menyertai Royal Antwerp.

Secara keseluruhan, Nainggolan mempunyai rekod bermain 582 perlawanan di peringkat kelab dan menjaringkan 67 gol. Dia juga memenangi gelaran Liga Itali bersama Inter pada musim 2020/2021 dan Liga Belgium 2022/2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram