Gol 'ciput' tak halang Indra Putra, King Dayo, Sherman bergelar pemilik kasut emas Liga Super


  • Podium
  • Isnin, 27 Jan 2025

Ifedayo pernah meraih gelaran kasut emas Liga Super dengan menjaringkan bilangan 12 gol sahaja. — Selangor FC

SEJAK mula dipertandingkan secara pada 2004, Liga Super menyaksikan ramai nama yang diangkat sebagai penjaring terbanyak setiap musim.

Ramai daripadanya adalah pemain daripada pemain import, tetapi tidak dinafikan ada juga bakat tempatan yang berjaya mengatasi cabaran yang lain untuk meraih kasut emas.

Kali ini, kita akan melihat tiga penjaring terbanyak Liga Super yang berjaya meraih kasut emas dengan jumlah jaringan begitu rendah.

BACA LAGI: Sebelum Harimau Malaya, Selangor FC antara 3 kelab pernah sarung jersi Puma

BACA LAGI: Ikat Sabah di Likas, Kpah Sherman kagum kudrat 2 pemain muda Sri Pahang

Indra Putra Mahayuddin

Merupakan nama yang cukup legenda dalam bola sepak Malaysia, Indra Putra Mahayuddin merupakan perintis kepada rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Super.

Bekas pemain kebangsaan itu merupakan pemenang pertama kasut emas di era Liga Super apabila berjaya membantu Sri Pahang FC merangkul kejuaraan.

indra

Indra (berdiri) adalah pemenang kasut emas pertama di era Liga Super.

Ketika itu, Indra cuma melakukan 15 gol dengan Liga Super ketika itu cuma dimainkan oleh lapan kelab dengan format liga tiga pusingan (21 perlawanan).

Ia merupakan satu daripada rekod cemerlang Indra di Liga Super selain menjadi pemain terbanyak melakukan penampilan dengan rekod 330 penampilan.

Ifedayo Olusegun

Salah satu daripada penyerang yang ampuh dalam mencari gol, Ifedayo Olusegun turut pernah memenangi gelaran kasut emas di Liga Super.

Penyerang Bahrain itu pernah meraih gelaran kasut emas dengan hanya menjaringkan 12 gol untuk Selangor FC pada 2020.

WhatsApp-Image-2020-11-08-at-11.06.12-PM

Ifedayo (kiri) meraih gelaran penjaring terbanyak Liga Super untuk dua musim berturut-turut. — MFL

Ketika itu, Liga Super yang dianggotai 12 kelab hanya bermain 11 perlawanan atau satu pusingan akibat penularan wabak Covid-19.

King Dayo kemudiannya meraih kasut emas sekali lagi pada musim berikutnya dengan jumlah lebih besar iaitu sebanyak 26 gol.

Kpah Sherman

Selain Ifedayo, Kpah Sherman turut pernah meraih gelaran kasut emas Liga Super dengan jumlah yang sedikit berbanding pemain-pemain lain.

Pemain dari Liberia itu melakukannya ketika musim 2019 apabila dia memenangi gelaran tersebut dengan merekodkan 14 jaringan sahaja.

281757

Sherman (depan) hanya perlukan 14 gol untuk menang kasut emas Liga Super 2019.

Tidak seperti musim 2020, Sherman yang bersama PKNS FC bermain dengan musim yang dianggap normal kerana kesemua 12 pasukan beraksi 22 perlawanan.

Sherman menjadi pemain Liberia kedua dalam sejarah Liga Super selepas Francis Forkey Doe pada 2012 yang memenangi gelaran kasut emas Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram