[VIDEO] Ribuan fans Indonesia serbu lapangan terbang ‘tanda terima kasih’ buat Shin Tae-yong


  • Podium
  • Isnin, 27 Jan 2025

Shin Tae-yong (kiri) meninggalkan Indonesia selepas tidak lagi menjadi jurulatih negara itu.

NAMA Shin Tae-yong begitu popular dalam kalangan penyokong Indonesia. Mana tidaknya, sejak kehadirannya, skuad Garuda mengalami peningkatan dan mula mencabar pasukan-pasukan gergasi Asia.

Eranya menyaksikan Indonesia berada satu langkah lagi daripada menyertai Piala Dunia. Hasil daripada kerja kerasnya, Indonesia berjaya memasuki pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan bersaing dengan baik.

Namun begitu, jodoh Shin dengan Indonesia tidak panjang kerana Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) memilih untuk menggantikannya dengan legenda Belanda, Patrick Kluivert.

BACA LAGI: Tak 'ngam' dengan pemain dipercayai antara punca Shin Tae-yong dibuang PSSI

BACA LAGI: [VIDEO] PSSI lantik Patrick Kluivert 'buang' STY, 3 bintang berpeluang kembali perkasa Sang Garuda

Walaupun Indonesia dilihat melakukan upgrade dengan membawa masuk Kluivert, namun populariti Shin dalam kalangan penyokong tetap popular.

Ia dapat dilihat apabila pengendali dari Korea Selatan itu diberikan sambutan perpisahan bak wira ketika hendak meninggalkan Indonesia pada Ahad.

Ribuan penyokong Indonesia membanjiri Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Banten, untuk menghantar wira mereka pulang dan melihat wajahnya dari jarak dekat buat kali terakhir.

Mereka menyanyikan lagu-lagu sorakan berunsur perpisahan sambil melaungkan nama Shin serta mengucapkan terima kasih kepadanya.

Malah ada yang memeluknya sambil menghadiahkan kain mafla sebagai tanda kenangan buat pengendali tersebut.

Destinasi seterusnya buat Shin masih belum diketahui dengan dia tidak dikaitkan dengan mana-mana pasukan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram