SRI Pahang FC berjaya melakukan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan selama 80 minit sebelum Stefano Brundo menjadi penyelamat skuad kendalian Fandi Ahmad dalam pertembungan Liga Super bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Ahad (26 Januari).
Terdahulu, KL City menjaringkan gol awal menerusi tandukan Kenny Pallraj selepas melengkapkan hantaran sepakan penjuru pada minit ke-45 permainan.
Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sekali gus membawa pulang satu mata.
BACA LAGI: Berjaya 'comeback' ikat KL City, fans puji persembahan jentera serangan Tok Gajah
BACA LAGI: Lenjan KDN 7 gol tanpa balas, fans samakan Perak persis Liverpool
Walaupun hujan lebat membasahi bumi Temerloh, Pahang, tindakan pemain import Sri Pahang, Aleksandar Cvetkovic selepas tamat perlawanan mendapat pujian oleh penyokong tuan rumah.
Menerusi perkongsian video Azli Halim di Facebook memperlihatkan tindakan Cvetkovic memanggil kesemua pemain-pemain Sri Pahang untuk berjumpa dengan penyokong.
"Bagus pemain macam ini walaupun dia bukan kapten," kata Azli dalam hantaran Facebook miliknya.
Dalam video itu, Cvetkovic memanggil jurulatih dan pemain-pemain untuk berjumpa dan menghargai penyokong selepas mereka telah hadir ke stadium untuk memberikan sokongan.
"Pergi kepada penyokong.
"Panggil mereka untuk pergi ke penyokong, kita pergi ke penyokong semua pemain," kata Cvetkovic dalam video sebelum berlalu pergi.
Tindakan Cvetkovic membuatkan penyokong terharu dan mahu pemain berusia 30 tahun itu kekal bersama Sri Pahang musim depan.
"Dia (Cvetkovic) ini kena dikekalkan," jelas Sobri Nadzari.
"Main padu juga pemain ini, terlepas rugi sangat-sangat," ujar Cik Ramli.
"Import yang berbaloi di miliki Sri Pahang," kata Shahrum Abd Rahman.
Namun begitu, usaha Cvetkovic memanggil pemain-pemain lain tidak berhasil selepas rata-ratanya telah pun memasuki bilik persalinan dan ada penyokong sudah mula keluar stadium. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram