Ikat Sabah di Likas, Kpah Sherman kagum kudrat 2 pemain muda Sri Pahang


  • Podium
  • Selasa, 21 Jan 2025

Saiful (kanan) memastikan Sabah tidak mudah menguasai Sri Pahang di Likas. — Facebook/Sri Pahang FC

PEMAIN Sri Pahang FC, Kpah Sherman kagum dengan sumbangan besar dilakukan oleh dua rakan sepasukannya dalam usaha mereka menghasilkan keputusan seri bertemu Sabah FC dalam aksi Piala Malaysia.

Jaringan daripada Sherman membantu Sri Pahang untuk terus 'hidup' dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia. Namun begitu, dia tidak mahu pujian ditujukan kepadanya semata-mata.

Sebaliknya, Sherman mahu kredit diberikan kepada dua pemain muda iaitu Saiful Jamaluddin, 22, dan Ibrahim Manusi, 23.

BACA LAGI: [VIDEO] Gol sendiri NS cetus persoalan di saat Sri Pahang tersungkur di Paroi

BACA LAGI: Sri Pahang dianggap 'favorite' raih kemenangan jika berjaya sekat 3 bintang NSFC

474141846_18484163221031124_6511996722022480488_n

Ibrahim Manusi cemerlang membantu Sri Pahang meraih keputusan seri bertemu Sabah. — Facebook/Sri Pahang FC

Bagi Sherman, usaha keras dua pemain muda itu di bahagian tengah Sri Pahang membantu memastikan Sabah tidak mudah untuk menguasai perlawanan.

"Satu perasan yang hebat apabila berjaya menyamakan kedudukan tetapi kredit harus diberikan kepada pasukan yang menghasilkan persembahan baik menentang pasukan yang baik. Kami berikan cabaran dan itu buatkan kami gembira.

"Pemain mudah seperti Saiful dan Ibrahim sangat cemerlang kerana memberikan memberikan 100 peratus sepanjang perlawanan," ujar Sherman.

Tambah Sherman, persembahan daripada dua pemain muda itu berjaya menyukarkan Sabah menguasai bahagian tengah walaupun pada mulanya berjaya mendahului menerusi gol oleh Stuart Wilkin.

Tekanan tinggi yang dilakukan oleh Saiful dan Ibrahim banyak membantu Sri Pahang daripada terus 'lemas' dengan asakan para pemain Sabah.

"Setiap kali Sabah memegang bola, mereka akan terus mengejar dan akan membantu kami dengan tempo dan hantaran-hantaran mereka yang membantu kami mendapatkan keputusan dimahukan.

"Saiful dan Jamal bermain dengan baik buat kami kebelakangan ini, kami harap momentum itu akan berterusan," jelas Sherman.

Sri Pahang akan bertemu Sabah sekali lagi bagi merebut slot di perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2 Februari. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram