Dua pasangan negara bertemu sesama sendiri rebut slot ke final Indonesia Masters


  • Podium
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Aaron-Wooi Yik akan bertemu Man-Tee di separuh akhir Indonesia Masters.

JAMINAN buat negara pada perlawanan akhir beregu lelaki di Indonesia Masters apabila terdapat dua wakil bertemu sesama sendiri dalam aksi separuh akhir.

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi separuh akhir yang dijadualkan pada Sabtu, 6.30 waktu Malaysia di Istora Senayan, Jakarta.

Kemenangan salah satu pasangan itu akan memastikan wakil negara akan beraksi di perlawanan akhir pada Ahad.

BACA LAGI: Pearly-Thinaah rawat duka 3 beregu campuran, terus mara ke semifinal Indonesia Masters

BACA LAGI: Lepas Terbuka Malaysia, Zii Jia sah tarik diri kejohanan di India, Indonesia

Salah satu daripada wakil beregu lelaki itu akan berdepan sama ada pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Ardianto atau wakil Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh.

Satu lagi potensi melihat wakil negara beraksi di perlawanan akhir adalah menerusi beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.

Mereka akan berdepan wakil Korea Selatan, Lee Yeun Woo-Lee Yu Lim untuk berdepan sama ada Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dari China atau Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong juga dari Korea Selatan.

Pearly-Thinaah akan turun beraksi pada 4.20 petang waktu Malaysia. — The Star/ADAM ZAMRI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram