PEMAIN muda Manchester United, Alejandro Garnacho bersedia untuk meninggalkan kelab itu dengan destinasi seterusnya adalah Chelsea.
Laporan di England menyebut, Chelsea dilihat berminat untuk mendapatkan Garnacho walaupun mereka sudah pun mempunyai ramai pemain sayap.
Sebelum ini, nama Garnacho menjadi sasaran kelab Serie A iaitu Napoli. Namun begitu, kelab itu dijangka akan menarik diri daripada usaha mendapatkan pemain tersebut selepas gagal membayar harga diminta United.
BACA LAGI: Chelsea sertai Napoli letak harga tinggi rekrut Garnacho dari Man United
BACA LAGI: Man United beri respons tak masuk akal, tawaran perpindahan Alejandro Garnacho ke Napoli
United meletakkan harga tinggi untuk Garnacho. — Agensi
United meminta Napoli yuran perpindahan sebanyak £60 juta (RM327 juta) tetapi ia tidak dapat dipenuhi kelab tersebut. Melihat kepada situasi itu, Chelsea mula menyertai perebutan Garnacho.
Chelsea dikatakan mahu menjadikan Garnacho pemain mereka pada jendela perpindahan Januari dengan perbincangan dilakukan bermula Jumaat.
The Blues begitu yakin dapat mengikat Garnacho sekali gus membawanya keluar dari United pada pertengahan musim.
Garnacho juga dilihat lebih gemar untuk kekal di England berbanding beraksi di Itali dan menyertai semula bekas rakan sepasukannya iaitu Scott McTominay.
Tindakan Chelsea mengejar Garnacho berkemungkinan faktor pemain sayap, Mykhailo Mudryk gagal ujian doping dan digantung oleh Persatuan Bola Sepak England (FA England).
Mudryk gagal ujian sampel A miliknya dan sedang menanti keputusan bagi sampel B. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram