PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kolaborasi bersama Puma telah melancarkan jersi baharu Harimau Malaya sekali gus menandakan berakhirnya era skuad kebangsaan dengan Nike.
Kolaborasi itu diumumkan pada 1 Januari lalu bertepatan dengan revolusi baharu membabitkan skuad kebangsaan.
Tiga pemain awal yang sudah merasmikan jersi itu ialah Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid dan Nooa Laine sebagai tanda mewakili skuad kebangsaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Dylan Wenzel-Halls, Penang FC destinasi 3 import 'striker' menyerlah di Liga M
Manakala Ridzwan Bakri pula hadir sebagai model jersi baharu Harimau Malaya mewakili pasukan futsal negara.
Untuk info, jersi baharu Harimau Malaya direka menggunakan teknologi ULTRAWEAVE revolusioner Puma.
Teknologi itu membolehkan jersi baharu Harimau Malaya boleh memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti dan ketahanan buat pemain bila beraksi di atas padang.
Dalam kemeriahan penyokong menyambut kehadiran Puma dalam keluarga Harimau Malaya, adakah anda tahu enam pasukan Liga Super terlebih dahulu mendapat tajaan yang berasal dari Jerman itu.
Majoriti menyenaraikan antara kelab yang pernah menerima tajaan Puma sebagai kit rasmi pasukan dalam kancah liga bola sepak Malaysia:
Selangor pernah mengembalikan reka bentuk jersi Puma 1986 pada 2021 menerusi tema 'Legasi Legenda'.
1. Selangor FC
Selangor FC antara pasukan terawal dalam Liga Malaysia menerima tajaan daripada Puma sebagai kit rasmi iaitu semasa tahun 1984 sehingga 1986.
Jersi ikonik bersama Puma itu pernah direvolusikan semula oleh pihak pengurusan baharu Selangor menerusi tajaan jersi Joma.
Allahyarham Mokhtar Dahari juga antara individu yang pernah menyarung jersi Puma Selangor 1986 sehingga memberikan idea buat pihak pengurusan baharu Gergasi Merah mengembalikan kit itu pada 2021 menerusi tema 'Legasi Legenda'.
Bersama Puma Sri Pahang mencatatkan prestasi yang pelbagai dalam Liga Malaysia.
2. Sri Pahang FC
Pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang FC juga antara kelab yang pernah menerima tajaan daripada Puma selama tiga musim berturut-turut.
Puma mula menaja Sri Pahang pada musim 2014 sehingga 2016 dan dalam tempoh itu, Tok Gajah berjaya mencipta sejarah antara kelab terkuat Liga Malaysia.
Bersama Puma dari 2014 hingga 2016, Sri Pahang mencatatkan prestasi yang pelbagai dalam Liga Malaysia.
Pada 2014, mereka menamatkan Liga Super di tempat kedua, di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT), sambil meraih kejayaan besar dengan memenangi Piala FA dan Piala Malaysia.
3. Penang FC
Pada 2021 dan 2022, Penang FC mendapat tajaan rasmi daripada jenama sukan global terkenal, Puma.
Tajaan ini menandakan kerjasama strategik antara pasukan dan Puma, yang menjadi pembekal eksklusif jersi serta kelengkapan rasmi Penang sepanjang dua musim tersebut.
Pada 2021, jersi keluaran Puma menampilkan reka bentuk yang memukau, menggabungkan elemen tradisional Pulau Pinang dengan gaya moden, yang menjadi simbol kebangkitan Penang FC selepas kembali ke Liga Super.
Kerjasama ini terus diteruskan pada 2022, yang mana Puma sekali lagi memberikan sokongan penuh kepada pasukan dengan menyediakan kelengkapan berkualiti tinggi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram