[VIDEO] Jumpa Johan sebenar, Jojo belum mampu tumbangkan Estupinan di ONE Championship


  • Podium
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Estupinan (kanan) menewaskan Jojo (kiri) dengan keputusan juri.

PETARUNG negara, Johan 'Jojo' Ghazali tumpas kepada seteru Colombia, Johan Estupinan dalam pertarungan yang diadakan di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Jumaat.

Dalam aksi yang diadakan dalam tiga pusingan, kedua-dua petarung itu menampilkan saingan sengit hingga tiada satu pun knock-out dilakukan oleh Jojo atau Estupinan.

Ia memaksa pemenang ditentukan menerusi keputusan juri atau unanimous decision yang memihak kepada Estupinan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Segak pakai baju Melayu', aksi Face-Off Jojo-Johan raih tumpuan

BACA LAGI: [VIDEO] Cemburu tak dapat air lepas latihan, Jojo bergurau mahu cari keluarga angkat

Hasil daripada kemenangan itu, Estupinan mencatatkan lima kemenangan berturut-turut tanpa sebarang kekalahan dalam ONE Championship.

Sebelum ini, Estupinan pernah menewaskan Zakaria El Jamari (Maghribi), Sean Climaco (Filipina/Amerika Syarikat), Zafer Sayik (Turki) dan Kouta Omori (Jepun).

Estupinan menewaskan Sayik menerusi keputusan juri sementara Jamari dan Komori menerusi knock-out manakala Climaco pula dengan keputusan triple knock-out.

Petarung berusia 23 tahun itu terkenal dengan jolokan 'Panda Kick'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram