Bola jaring: Peserta sulung lelaki antara 200 peserta hadir memeriahkan Klinik NSL 2025


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Seramai 200 peserta hadir ke Sports Arena UNITEN bagi menghadiri Klinik NSL 2025.

KLINIK Netball Super League (NSL) bagi musim 2025 kini kembali mewarnai sukan bola jaring tanah air yang berlangsung di Sports Arena UNITEN, Selangor pada Sabtu.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Klinik NSL 2024 berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan berkualiti kepada pemain muda di negara ini.

BACA LAGI: Kehadiran 15 bintang import 7 negara hangatkan NSL 2025

BACA LAGI: Marcus Rashford bakal 'reunion' bersama Erik ten Hag di Borussia Dortmund

WhatsApp Image 2025-01-25 at 12.45.59 (1)

Hannah Yeoh turut hadir memeriahkan Klinik NSL 2025.

Program itu juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk memajukan sukan bola jaring di Malaysia dan menyediakan platform bagi pemain berpotensi untuk berkembang.

Klinik NSL yang dijalankan ada Sabtu menyaksikan penglibatan sekurang-kurangnya 200 pelajar sekolah menengah berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun dari seluruh negara.

Menariknya, Klinik NSL kali ini dimeriahkan dengan penyertaan seorang peserta lelaki tunggal yang turut tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Dengan kehadiran pasukan jurulatih berpengalaman dan pemain ternama, para peserta diberi peluang untuk mempelajari teknik-teknik baharu serta meningkatkan kemahiran mereka di atas gelanggang.

Dalam ucapannya, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), melalui kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta Majlis Sukan Negara, komited untuk terus memperluas inisiatif pembangunan bakat muda melalui pelbagai usaha sama strategik, termasuk kerjasama dengan pihak swasta dan persatuan sukan.

"Usaha ini tidak hanya melibatkan kerjasama dengan persatuan sukan tetapi juga syarikat seperti ASTRO yang aktif membantu dalam menganjurkan klinik sukan, termasuk klinik sepak takraw dan bola jaring, yang kini semakin mendapat sambutan.

"Kami mahu memberikan visi kepada ibu bapa supaya mereka melihat potensi sukan sebagai satu pelaburan untuk anak-anak.

"Dengan insentif pengecualian cukai RM1,000 untuk aktiviti sukan dan latihan, kami berharap lebih ramai ibu bapa akan memanfaatkan peluang ini untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam keluarga," katanya ketika ditemui dalam program Klinik NSL 2024 di Sports Arena UNITEN pada Sabtu.

Selepas ini, Klinik NSL akan berkampung di Kompleks Bola Jaring Che’ Puan Khaleeda, Velodrom, Iskandar Puteri, (5 Februari), dan Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur (15 Februari). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram