[VIDEO] 'Siapa no.2 masa itu?', Chelsea pamer jersi Harimau Malaya simbol persahabatan di Stamford Bridge


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Antara aksi perlawanan antara Malaysia dan Chelsea dalam perlawanan persahabatan pada 2008.

MINGGU ini media sosial dipenuhi dengan berita mengenai pelancaran jersi baharu Harimau Malaya menerusi tajaan daripada syarikat sukan terkenal dunia, Puma pada Khamis lalu (23 Januari).

Pelancaran jersi Harimau Malaya bersama Puma itu menandakan berakhirnya kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Nike selepas lebih sedekad mewarnai perlajanan skuad kebangsaan.

Pelbagai memori indah Nike bersama Harimau Malaya antaranya juara Piala AFF 2010 serta layak ke Piala Asia 2023 secara merit selepas 42 tahun.

BACA LAGI: Sebelum Harimau Malaya, Selangor FC antara 3 kelab pernah sarung jersi Puma

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Dylan Wenzel-Halls, Penang FC destinasi 3 import 'striker' menyerlah di Liga M

Bersama Nike juga Harimau Malaya telah bertemu kelab-kelab gergasi Eropah seperti Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan FC Barcelona.

Namun begitu, dalam banyak-banyak kelab yang bertemu skuad kebangsaan, Chelsea antara yang membuatkan hati penyokong Harimau Malaya tersentuh selepas mempamerkan jersi Malaysia di Stadium Stamford Bridge, London.

Perkara itu dikongsikan oleh Jeff Karim II di halaman Facebook selepas melawat Stadium Stamford Bridge.

"Jersi Malaysia pertama tajaan Nike sebelum Puma mengambil alih tajaan bermula 2025.

"Merupakan satu-satunya jersi pasukan kebangsaan Malaysia yang di 'frame' dan dipamerkan pada wall The World of Chelsea FC dalam Stadium Stamford Bridge.

"Siapa pemakai jersi nombor 2 kita masa itu?"

Subramaniam

Subramaniam (kiri) menyarung jersi nombor dua ketika bertemu Chelsea pada 2008.

Untuk rekod dalam perlawanan pertama Chelsea bertemu Malaysia pada 2008 itu berakhir dengan kekalahan menerusi keputusan 0-2 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Ashley Cole.

Bagi menjawab soalan pemain manakah menyarung jersi nombor dua semasa perlawanan itu ia adalah S. Subramaniam yang kini sudah bersara daripada arena bola sepak.

Perlawanan pada 2008 bukanlah aksi terakhir Chelsea bersama skuad kebangsaan apabila kelab gergasi Inggeris itu hadir semula pada 2011 dan 2013 yang mana semuanya berakhir dengan kekalahan buat Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram