NETBALL Super League (NSL) 2025 bakal memulakan musim baharu dengan penuh semangat di Stadium Juara, Kuala Lumpur bermula 1 hingga 23 Februari.
Edisi keempat itu akan menyaksikan lapan pasukan iaitu Johor Jewels, KL Wildcats, Selangor Angels, Perak Phoenix, Negeri Sembilan Venom, Pahang Tulips, Terengganu Marvel, dan Putrajaya Dynamites bersaing merebut gelaran juara.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, menyifatkan NSL sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu dan memajukan liga bola jaring ke arah profesionalisme.
BACA LAGI: Bukan lagi ejen bebas, ex import acah 'scam' Selangor FC kini sertai kelab Eropah
BACA LAGI: Marcus Rashford bakal 'reunion' bersama Erik ten Hag di Borussia Dortmund
Hannah (tengah) menyifatkan NSL sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu dan memajukan liga bola jaring ke arah profesionalisme.
Menurutnya, kejayaan NSL adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk memperkukuh pembangunan sukan dan mempromosikan kesaksamaan jantina.
Kehadiran pemain import profesional menjadi salah satu daya tarikan utama musim ini.
Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Alwiyah Talib, optimis dengan impak positif gabungan pemain tempatan dan 15 pemain import, termasuk dari negara ranking pertama dunia seperti Australia.
Pemain import dari Afrika Selatan, Uganda, Sri Lanka, Fiji, Thailand, dan Botswana juga dijangka meningkatkan mutu permainan liga berkenaan.
Klinik NSL menyediakan bimbingan daripada jurulatih berpengalaman dan peluang untuk peserta bertemu pemain bintang NSL.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, menegaskan sokongan peminat yang semakin meningkat adalah bukti kejayaan NSL.
Sejak diperkenalkan pada 2021, jumlah jualan tiket meningkat sebanyak 71 peratus berbanding edisi sebelumnya.
NSL juga mencatat sembilan juta tontonan di Astro Arena dan tujuh juta tontonan digital di Astro GO.
Kolaborasi dengan W-Sports telah memperkenalkan NSL ke peringkat antarabangsa dengan penyiaran di 30 negara termasuk Afrika, Timur Tengah, dan Eropah.
Nicholas juga mendedahkan perancangan untuk menganjurkan NSL Regional Cup pada masa akan datang, melibatkan pasukan ternama dari Australia, Singapura, New Zealand, Sri Lanka, dan lain-lain.
Beliau menegaskan sokongan daripada badan korporat dan kerajaan amat penting untuk merealisasikan impian ini.
Astro turut memperkukuh pembangunan akar umbi sukan bola jaring melalui Klinik NSL di lokasi terpilih.
Program ini menyediakan bimbingan daripada jurulatih berpengalaman dan peluang untuk peserta bertemu pemain bintang NSL.
Remaja berumur 13 hingga 17 tahun boleh mendaftar secara percuma di www.astro.com.my/klinikNSL.
Musim ini juga menyaksikan penaja baharu seperti ASICS (kasut rasmi), MAHSA Specialist Hospital (hospital rasmi), Celebrity Fitness (rakan kecergasan), dan Medi Physio (fisioterapi rasmi).
Penaja sedia ada seperti Elite (pakaian rasmi) dan Figos (bola rasmi) terus memberikan sokongan, manakala ERA kekal sebagai radio rasmi NSL.
Lapan pasukan iaitu Johor Jewels, KL Wildcats, Selangor Angels, Perak Phoenix, Negeri Sembilan Venom, Pahang Tulips, Terengganu Marvel, dan Putrajaya Dynamites akan bersaing merebut gelaran juara.
Peminat boleh membeli tiket di www.tickethotline.com.my mulai 29 Januari 2025 untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Juara pada setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Bagi pelanggan Astro, perlawanan boleh ditonton di Astro Arena (Saluran 801), sooka, dan Astro GO.
Program Astro Rewards juga menawarkan 600 tiket percuma sepanjang kejohanan, bersama diskaun eksklusif untuk jersi dan bola rasmi. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my.
NSL 2025 menjanjikan saingan yang lebih kompetitif dengan kehadiran pemain bertaraf dunia, sokongan korporat yang kukuh, dan dedikasi dalam membangunkan sukan bola jaring Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram